• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Oct 15 2017

Sathia hidu final Piala Malaysia ketiga- felda united vs kedah!!

Share this on WhatsApp

p sathianathan

Perang psikologi semakin menjadi-jadi nih. Apepun, kita harapkan persaingan yang sihat seperti ini menjadi satu fenomena yang baru dalam dunia bola sepak kita era millenium ini.

FELDA United mengharapkan sentuhan ajaib jurulatih B Sathianathan dalam saingan Piala Malaysia apabila berdepan Kedah pada separuh akhir pertama di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam esok.

Sathianathan merangkul Piala Malaysia bersama Kelantan pada 2010 selain muncul naib juara ketika membimbing Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 2012 dan kini berpeluang untuk membawa pasukan ketiga ke final.

Namun, bukan saja memenangi Piala Malaysia, bekas jurulatih kebangsaan itu turut berhasrat menamatkan dominasi Johor Darul Ta’zim (Johor DT) yang sudah memenangi Liga Super musim ini.

“Saya melatih Kelantan selepas mereka muncul naib juara Liga Super dan sekarang, FELDA United adalah pasukan ketiga.

“Tapi jika saya bermula di awal musim, saya fikir kami boleh bersaing dengan Johor DT, ia sangat penting,” kata Sathianathan yang dilantik sebagai jurulatih The Fighters pada Februari lalu bagi menggantikan Azmi Mohamed.

“Beberapa perkara yang anda perlu tahu mengenai Johor DT, bukan pemain mereka, tapi persekitaran kelab itu, kemudahan latihan, staf sokongan dan jurulatih. Johor DT adalah pasukan profesional yang lengkap.

“Johor DT memiliki standard kelab yang menjadi contoh kepada pasukan lain terutama FELDA United. Pengurusan memberikan segala-galanya kepada saya dan menjadikan pasukan ini hampir setaraf dengan Johor DT termasuk pelbagai kemudahan dan aspek lain.”

Bagaimanapun, cita-cita Sathianathan untuk memenangi Piala Malaysia sekali lagi bukan mudah selepas terpaksa berdepan Kedah, pasukan yang menyingkirkan The Fighters pada separuh akhir 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Oktober 2017 @ 6:30 PM

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Malaysia · Tagged: felda idam final piala malaysia 2017, Sathia hidu final Piala Malaysia ketiga- felda united vs kedah!!

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d