Kalau jdt dengan pemain import dari argentina mendominasi pasukannya. Lain pula dengan pasukan Skuad the Bos Gaurus. Lebih kepada dari Negara Brazil.
TEKA-teki mengenai pemain import baharu Perak akhirnya terjawab dengan kehadiran dua pemain Brazil, Ronaldo Henrique Silva 28 dan Raianderson Da Costa Morais (Careca) 23, bagi memperkuatkan skuad The Bos Gaurus itu.
Ketika mengumumkan perkara berkenaan Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kehadiran kedua-dua pemain berkenaan sekali gus mengesahkan dua import sedia ada, Gilmar da Silva dan Wander Luiz tidak lagi beraksi untuk skuad Kejor Yeop Skor itu bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
“Kita ucapkan terima kasih kepada Gilmar dan Wander Luiz atas sumbangan mereka selama ini. Kita turut doakan agar anak Wander Luiz sembuh.
“Kita juga berharap agar kehadiran Ronaldo dan Careca dapat membantu memperkuatkan pasukan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Tambah Ahmad Faizal, kedua-dua pemain berkenaan besar kemungkinan bakal beraksi pada aksi suku akhir kedua Shopee Piala FA berdepan PKNP FC di Stadium Perak, Sabtu ini.
Sementara itu bagi mengulas mengenai kehadiran pemain kelahiran Singapura Faris Ramli, Ahmad Faisal berkata, pemain berkenaan memang ada dalam senarai pemain yang mahu dibawa masuk oleh ketua jurulatih Mehmet Durakovic.
Bioadata 2 pemain import baru Perak.
1. Ronaldo Henrique Silva
Nama panggilan : Ronaldo
Umur :- 28 tahun
Posisi :- Striker & Winger
Warganegara :- Brazil
Bekas pasukan :- Yokohama FC,Piracicaba
2. Raianderson De Costa Morais
Nama panggilan :- Careca
Umur :- 24 tahun
Posisi :- Attacking Midfield & Striker
Warganegara :- Brazil
Bekas Pasukan :- Cruzeiro B,Acreano B
Bagaimanapun katanya, ada beberapa proses yang perlu dilalui dalam usaha membawa masuk pemain berkenaan.
“Coach Mehmet (Durakovic) ada suarakan nak bawa masuk, kerana import kita ikut kuota. Namun kita perlu lalui proses-proses tertentu, antaranya kena hormati pasukan yang diwakili pemain itu ketika ini.
“Sebenarnya kita ada ramai lagi pemain muda tempatan termasuk dari rantau ini yang menyatakan hasrat untuk menyarung jersi Perak,” katanya.