
Pasukan gergasi Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) terus unggul di persada bola sepak Asia apabila mencatatkan perkembangan yang cukup baik sejak kebelakangan ini.
Hal ini telah membawa kepada pertumbuhan ranking yang lebih baik apabila pasukan JDT telah melonjak naik ke 126 anak tangga. Menerusi satu perkongsian oleh laman rasmi Johor Southern Tigers, JDT mencatatkan kemajuan luar biasa dalam ranking kelab bola sepak dunia. Berdasarkan data yang dikemukakan oleh Opta Anlyst, JDT kini berada di tangga ke-447 Dunia, ke-31 Asia dan kedua Asean.
Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia itu menunjukkan Kelab JDT telah mengumpul 72.7 mata sekaligus menyaksiakn kedudukan JDT naik 126 tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023 lalu.
Bacaan lanjut , korang boleh ke laman rasmi opta analyst disini
Perkembangan ini sudah pasti menjadi detik penting buat JDT dan juga Malaysia dalam memastikan lebih banyak kelab ampu bersaing secara kompetitif di pentas Asia. Terima kasih TMJ, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
LUASKAN KUASAMU JOHOR!!