• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Apr 04 2019

Proses Kelayakan Piala Dunia 2022 (benua Asia) dan Piala Asia 2023

piala dunia 2022

Kelayakan Piala Dunia 2022 akan bermula pada Jun 2019.

Sebanyak 46 buah negara Asia akan berentap bagi merebut slot ke Piala Dunia 2022 di Qatar.

Pusingan pertama membabitkan 12 negara Asia yang tercorot dalam ranking FIFA keluaran April 2019 (akan keluar pada 4 April).

12 negara ini akan bermain dalam Pusingan Pertama dibahagikan kepada 6 perlawanan.

Perlawanan akan dilangsungkan dalam dua perlawanan (home dan away). Pemenang akan memperoleh slot ke Pusingan Kedua bersama 34 negara terbaik Asia lain yang tidak bermain dalam Pusingan Pertama.

Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 (Kelayakan Piala Asia 2023)

Pusingan ini sebenarnya gabungan kedua-dua kelayakan ke Piala Dunia dan Piala Asia. Oleh itu tuan rumah Piala Dunia (Qatar) dan tuan rumah Piala Asia mesti bermain untuk menentukan slot kedua-dua kejohanan.

Pusingan ini akan membabitkan 40 buah pasukan – 34 pasukan terbaik Asia dalam ranking FIFA keluaran April 2019, bersama 6 pasukan dari Pusingan Pertama.

40 pasukan ini akan dibahagikan kepada 8 buah kumpulan yang mengandungi 5 buah pasukan.

Setiap pasukan akan mengharungi jumlah 8 perlawanan bermula pada international break September 2019 hingga Jun 2020, home dan away.

8 juara kumpulan dan 4 naib juara kumpulan layak ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia dan automatik ke Piala Asia 2023.

Kita habiskan hal Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia dulu, nanti kita come back to Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia.

So 12 negara yang 8 juara dan 4 naib juara tadi, yang automatik layak Piala Asia tu, akan berentap untuk 4 slot Piala Dunia pula.

12 negara ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan – satu kumpulan mengandungi 6 pasukan, dan akan berlawan sesama sendiri sebanyak 10 perlawanan home dan away.

Juara dan naib juara kumpulan layak automatik ke Piala Dunia 2022.

Manakala tempat ketiga kedua-dua kumpulan Pusingan Ketiga tadi akan melawan sesama sendiri home dan away, untuk menentukan negara Asia kelima yang akan menentang pasukan dari benua lain dalam playoff inter-benua.

Pemenang playoff itu akan layak ke Piala Dunia 2022.

Begitupun, menurut presiden FIFA yang baharu, Gianni Infantino berkata dia berminat nak jadikan Piala Dunia 2022 itu mempunyai 48 negara. So boleh jadi format yang telah digunapakai bertahun-tahun ini diubah nanti.

Okey next Kelayakan Piala Asia 2023.

Okey kan tadi 12 negara dah sah layak ke Piala Asia 2023, yang main Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia tu. Awak semua tak pening kan? Okey kan? Hello?

Okey so dah 12 negara. Ada 12 slot lagi nak ditentukan.

24 negara akan main yang ini.

So 4 negara naib juara yang tak terbaik kat Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia (dan Piala Asia) tadi, bersama 8 tempat ketiga, dan 4 tempat keempat terbaik menjadikan 16 pasukan akan bermain di Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia.

8 negara lagi, kalau mengikut edisi 2019, mereka akan ditentukan menerusi playoff yang akan dipilih menerusi 4 pasukan tempat ketiga terburuk, 8 pasukan tempat keempat dan 4 pasukan kelima terbaik.
Yang ni saya tak boleh ulas lebih kerana masa tu ada berlaku perubahan.

Masa tu Indonesia kena ban FIFA segala so dia berubah jadi sistem lain, so kita KIV dulu.

So, 8 pasukan dari pusingan playoff, bersama 16 pasukan dari Pusingan Kedua, menjadikan 24 pasukan, akan berentap untuk 12 slot Piala Asia.

24 pasukan ini akan dibahagikan kepada enam buah kumpulan. Juara dan naib juara automatik layak ke Piala Asia 2023.
Copy paste.
credit to twit afiq. 

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: info piala dunia 2022, piala dunia 2022, Proses Kelayakan Piala Dunia 2022 (benua Asia) dan Piala Asia 2022

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in