• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Apr 26 2019

Pahang mahu tewaskan jdt, hapuskan rekod tanpa kalah jdt!

Share this on WhatsApp

penalti

KUANTAN: Skuad Tok Gajah turun dengan dua misi penting apabila melayan kunjungan Harimau Selatan di Stadium Darul Makmur, Ahad ini.

Selain mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super, Pahang turut mempunyai misi membenam cabaran Johor Darul Ta’zim (JDT) di hadapan penyokong setia mereka.

Pengurus Pasukan, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu digunakan sepenuhnya pemain bagi menafikan hasrat JDT mengutip mata.

“Ini peluang terbaik untuk kita catat kemenangan dan merampas kedudukan teratas Liga Super daripada mereka (JDT).

“Kita mempunyai rekod yang baik dan belum lagi tewas dalam saingan Liga Super setakat ini, jadi saya minta semua pemain tampil dengan aksi konsisten dalam perlawanan hujung minggu ini,” katanya.

Mohammed Suffian berkata, perkara utama perlu diberi perhatian pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh ialah memantapkan jentera serangan selain melakukan percaturan dan pemilihan pemain terbaik di bahagian tengah.

“Semua pemain sudah mempamerkan aksi terbaik mereka (dalam perlawanan sebelum ini) dan terpulang kepada Dollah untuk tentukan corak taktikal akan digunakan.

“Sudah pasti perlawanan malam Ahad ini juga banyak bergantung kepada sokongan daripada peminat setia skuad Tok Gajah… tanpa mereka, pasukan Pahang seolah-olah kehilangan semangat juang.

“Jadi, saya minta semua penyokong dan peminat setia Pahang turun beramai-ramai membanjiri Stadium Darul Makmur bagi memberikan motivasi serta suntikan semangat kepada pemain,” katanya.

Selepas 10 perlawanan, skuad kendalian Dollah merekodkan tujuh kemenangan dan tiga seri dengan mengutip 24 mata, dibezakan dua mata dengan JDT selaku pendahulu.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: hapuskan rekod tanpa kalah jdt!, Pahang mahu tewaskan jdt

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d