• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 18 2019

Nikmati aksi, elak provokasi MALAYSIA VS INDONESIA ESOK!!

Share this on WhatsApp

malaysia vs indonesia,

ELAK provokasi dan nikmati perlawanan malam esok. Itu peringatan pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kepada penyokong yang datang ke Stadium Nasional Bukit Jalil supaya tidak menimbulkan masalah hingga menjejaskan rentak kedua-dua pasukan. Jangan bikin onar ja dong. Yang berlaku distadium gelora bung karno pada perlawanan yang lepas tuh. Sudah-sudahlah. Jangan disambung buat onar di stadium bukit jalil pada esok 19 november 2019.

Bukan jalan mudah, tetapi MISI Tiga mata harus ON!! 

Cheng Hoe berkata, perlawanan malam esok bukanlah mudah kepada skuad negara walaupun menang 3-2 di Stadium Bung Karno pada perlawanan pertama kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“Saya sentiasa menasihati pemain supaya terus fokus setiap perlawanan walaupun kita ketahui Indonesia berdepan pelbagai masalah namun kali ini tampil dengan pasukan lebih baik. Saya harap penyokong datang menikmati perlawanan dan elak cetuskan provokasi atau kekecohan,” katanya dalam sidang media praperlawanan Malaysia menentang Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Sementara itu, pengendali skuad Sang Garuda, Yeyen Tumena berkata, kekalahan sebelum ini menyebabkannya mengambil sikap lebih berhati-hati dalam mempersiapkan barisan pemain. “Kita sudah melakukan persiapan awal termasuk melihat perlawanan Malaysia menentang Thailand sebelum ini pasti banyak perubahan perlu dilakukan,” katanya.

Perlawanan malam esok menyaksikan Malaysia yang berada di kedudukan keempat kumpulan G dengan enam mata perlu meneruskan momentum kemenangan menentang Indonesia bagi mencerahkan peluang untuk sekurang-kurangnya berada di tangga kedua kumpulan.

Kita harapkan perlawanan esok berlangsung dengan aman tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Ayuh penyokong indonesia dan malaysia esok kita esok bermusuhan hanya di dalam padang sahaja 90 minit. Tetapi di luar padang, kita adalah serumpun ya dong.

sidang media malaysia vs indonesia,

 

CHENG Hoe bersalaman dengan Yeyen ketika sidang media hari ini.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: jangan bergaduh malaysia vs indonesia, jangan bikin rusuhan malaysia vs indonesia

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d