• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 15 2020

Nidzam gembira ‘malukan’ JDT

Share this on WhatsApp

jurulatih felda united

Gila sapa tak bangga dapat seri dengan jdt, lagi kalau dapat kalahkan jdt. Mahu cerita dekat sebulan trending , kena troll macam-macam lah.

JOHOR BAHRU: Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengendali FELDA United, Mohd Nidzam Jamil selepas muncul pasukan pertama melakar kejutan ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika beraksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila mencatat keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Super, malam tadi.

Baca juga: Keputusan jdt vs felda united 14.3.2020

Katanya, bukan sahaja FELDA United malah semua pasukan yang mampu menamatkan aksi 90 minit dengan keputusan seri  menentang JDT sudah pasti gembira memandang pasukan itu memiliki reputasi sebuah pasukan hebat.

“Saya sendiri gembira dengan kesungguhan pemain yang membawa pulang satu mata. Namun kami perlu perbetulkan beberapa kelemahan yang dikesan dalam aksi itu terutama bila pasukan lawan menjaringkan gol kita tidak boleh berubah sikap dengan permainan bertahan.

“Kita kena bertindak dengan corak permainan menyerang. Apabila bermula babak kedua saya mengarahkan pemain untuk beri tekanan di benteng pertahanan JDT yang kerap membuka ruang dan hasilnya gol penyamaan mampu dicipta dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

“Walaupun menyamakan jaringkan tapi kami tidak boleh bersikap sambil lewa kerana kita tahu kualiti permainan JDT yang akan mengasak daripada setiap sudut namun pemain saya berdisiplin pada babak kedua bagi mengelak terperangkap dengan corak permainan JDT,” katanya.

Pada perlawanan itu, bukan sahaja Frederik Bulot yang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-51 mencuri tumpuan tetapi kelibat penjaga gol, Mohd Muhaimin Mohamad turut memainkan peranan penting selepas menyelamatkan sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-66.

Nidzam memuji kecemerlangan Mohd Muhaimin untuk menidakkan beberapa percubaan berbahaya barisan serangan JDT yang diterajui, Diogo Luis Santo.

Baca juga : kedudukan terkini carta liga super 2020

“Mohd Muhaimin pernah beraksi bersama PJ City FC musim lalu dan dia membantu pasukan itu menang ke atas JDT. Mungkin aura musim lalu memberi dia semangat untuk beraksi cemerlang buat kali kedua menentang JDT.

“Kami juga menganalisa sepakan penalti pemain JDT dan juga sepakan sudut menerusi gerak susun dan apa yang kami lakukan membuahkan hasil malah Mohd Muhaimin juga begitu yakin dalam perlawanan itu untuk beraksi konsisten,” kata Mohd Nidzam.

Apa-apa perjalanan liga masih lagi panjang, minggu depan sudah stop liga super. Harap masa tengah semua acara dibekukan buat sementara waktu ini. Pemain boleh buat latihan ditempat tertutup atau boleh jer main macam biasa. Cuma sop untuk elakkan jangkitan covid 19 ini terkena kepada pemain dan kakitangan pasukan itu yang akan menjadi masalah buat semua pasukan.

Sama-samalah kita berdoa agar wabak covid 19 dapat ditemui dan dihindarkan dengan segera.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: Nidzam gembira 'malukan' JDT

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d