• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 17 2020

Mora dalam bahaya, atau jdt yang dalam bahaya?

Share this on WhatsApp

mora

Mora berada dalam ‘zon bahaya’ susulan prestasi kurang meyakinkan Harimau Selatan dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini. – credit to bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora berada dalam ‘zon bahaya’ susulan prestasi kurang meyakinkan Harimau Selatan dalam empat perlawanan awal Liga Super musim ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, Mohd Sadek Mustafa menjelaskan beliau tidak menolak kemungkinan taktikal JDT yang direncana Mora sudah dapat dikaji pasukan lain.

Justeru, beliau menjelaskan Mora perlu membentuk taktikal baharu untuk kembali memperkuatkan persembahan Harimau Selatan yang memegang reputasi besar selaku juara bertahan Liga Super enam kali berturut-turut.

“Ya, Mora dalam bahaya. Pemain JDT ketika ini seakan hilang idea apabila berdepan pasukan yang bermain dengan corak permainan ‘parking bus’ (bertahan). Taktikal Mora juga dilihat bukan sesuatu yang unik sekarang.

“Mora mungkin tiada (dipecat jika prestasi JDT ketika ini berterusan), sebab pemain perlukan satu set corak persembahan yang baharu untuk membolehkan mereka dapat menguasai permainan dan lawan.

“Mora kena cari idea dan taktikal baharu. Namun, dia bernasib baik atau terselamat kerana perlawanan Liga M ditangguh,” katanya kepada BH Sukan.

JDT menang tipis dalam tiga aksi awal sebelum ini yang yang terbaharu mereka tercicir mata di gelanggang sendiri selepas terikat 1-1 dengan FELDA United, kelmarin.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: jdt, jurulatih mora mungkin dipecat, liga super, mora dalam bahaya, taktikal mora sudah dibaca

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d