Apa yang mengejutkan nih?? Pemain jdt 1 kenapa berpindah ke jdt2?? Mereka adalah..
1.) Syafiq Ahmad
2.) Nazmi Faiz
3.) Fazly Mazlan
4.) Amirul Hadi Zainal
PERSIAPAN YANG RAPI
Kami telah membuat persiapan dengan amat baik. Sejak tahun 2014, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menggunakan konsep yang sama diamalkan oleh kelab Eropah di La Liga dimana kami mempunyai pasukan B, Pasukan C dan seterusnya. Di negara ini, konsep ini hanya digunakan oleh JDT dan Terengganu FC.
Konsep ini lebih baik untuk kami menggilirkan pemain kami dimana ia memberikan kesemua pemain berada dalam ‘Match Fitness’ yang sama. Jika dahulu pemain yang berada di luar padang tidak dapat bermain, ‘Match Fitness’ mereka akan menurun dan untuk kembali bermain akan memakan masa. Tetapi apabila kesemua pemain berada dalam kecergasan yang sama, ia memudahkan kami untuk menggilirkan mereka bermain dalam sesuatu perlawanan dengan cepat. Ia adalah satu kelebihan buat kami.
Buat masa ini, kami mempunyai Fazly Mazlan, Syafiq Ahmad, Amirulhadi dan Nazmi Faiz yang tidak akan bermain pada Sabtu ini. Mereka akan bermain pada esok hari untuk pasukan JDT II bagi mendapatkan ‘Match Fitness’ yang sama. Jadi, apabila kami mahu menggilirkan dengan pemain lain pada bila-bila masa, mereka telah bersiap sedia kerana mempunyai kecergasan yang sama dan baik. Di dalam pasukan JDT, tiada istilah kami pemain JDT, JDT II, JDT III. Bermula dari pasukan akademi hingga pasukan senior kami semua adalah JDT.
Saya turut gembira dengan persiapan yang lain dalam keadaan bagus dan kami akan fokus untuk lebih bekerja keras.
KEDAH bersedia mempertahankan gelaran juara Piala Sumbangsih Sultan Haji Ahmad Shah apabila berkunjung ke Larkin bertemu Juara Liga Super 2017, JDT pada 3 Februari depan.
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, beliau yakin Hijau Kuning mampu menjulang trofi tersebut di laman keramat Harimau Selatan buat kali kedua berturut-turut berdasarkan persiapan rapi yang dilakukan mereka sepanjang Pramusim 2018.
Menurutnya, berdasarkan semangat tinggi yang ditunjukkan oleh semua pemain, beliau percaya ia mampu menjadi satu azimat untuk untuk memberi aksi terbaik pada perlawanan pembukaan Liga Malaysia 2018 di lawan lawan.
“Saya rasa kita sudah cukup bersedia selain kemampuan dan pengalaman Ketua Jurulatih, Ramon Marcote bersama Kedah sebelum ini.
Kedah telah mempersiapkan satu barisan yang cukup baik bagi pandangan kita dan KFA percaya pasukan sekali lagi akan mempertahankan dan membawa balik piala tersebut ke Alor Setar,” katanya selepas Majlis Pelancaran Kenari Kids Padang Terap di Padang SK Tunku Abdul Rahman Putra, semalam.
Badrol Hisham berkata, pasukan tersebut masih mampu bersaing jika hanya menggunakan empat pemain import sahaja pada saingan musim ini.
Menurutnya, kualiti yang dimiliki oleh pemain-pemain tempatan juga diakui dan ia mampu menampung kekosongan kuota pemain import Asean sekiranya persatuan memutuskan untuk menggunakan empat import sahaja buat masa sekarang.