• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Apr 18 2022

LIVE STREAMING ULSAN HYUNDAI VS JDT 18.4.2022

Share this on WhatsApp

ULSAN HYUNDAI VS JDT

Ini adalah medan ujian sebenar dalam pentas ACL kali ini JDT berdepan dengan kelab dari korea. Biarpun jdt pada perlawanan yang lepas cemerlang menewaskan pasukan Guangzhou FC 5-0, walapun ianya bukan penanda aras yang baik untuk jdt beraksi dengan cemerlang tetapi mendapatkan motivasi dan strategi menakutkan pihak lawan yang akan bertanding apatah lagi bermain ditempat sendiri, JDT pastinya ada kelebihan yang tersendiri.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN I :

  1. JDT 3 MATA
  2. ULSAN HYUNDAI 1 MATA
  3. KAWASAKI FRONTALE 1 MATA
  4. GUANGZHOU FC 0 MATA

Apa yang difahamkan , Ulsan Hyundai pasti akan memberikan satu aksi yang lebih garang pertemuan malam ini vs JDT, Berbanding lawan Kawasaki Frontale masa lawan hari itu petang , lagi main dekat Stadium Larkin, Tan Sri Haji Yunus. Diaorang belum sesuaikan diri lagi masa itu.

Berjamin Mora mengatakan atmosphere di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) selain permukaan padang yang lebih helok berbanding di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dilihat akan membantu lawannya untuk beraksi lebih bagus menentang Harimau Selatan.

“Mereka (Ulsan Hyundai) merupakan pasukan gergasi yang hebat dan anda boleh melihatnya ketika mereka beraksi pada perlawanan pertama menentang kelab Jepun tempoh hari. Mereka bermain sangat hebat dan bertenaga.

“Sudah tentu bermain di Larkin tidak berapa bagus buat mereka kerana mereka bermain dalam keadaan panas pada jam lima petang. Jadi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada rentak permainan mereka pada perlawanan itu.

“Dengan perlawanan kedua akan berlangsung di SSI, saya berasakan mereka akan beraksi dengan lebih hebat berbanding sebelum ini kerana mereka akan bermain di padang dan suasana stadium yang lebih bagus berbanding venue sebelum ini.

“Walaupun bermain di SSI akan beri sedikit kelebihan kepada lawan, kami gembira kerana mereka akan menunjukkan kemampuan yang sebenar dan itu yang kami mahukan daripada mereka,” katanya ketika sidang media pra perlawanan pada Ahad.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai corak permainan fizikal yang bakal ditampilkan lawan, Mora nyata tidak khuatir memandangkan JDT turut memiliki beberapa pemain yang mantap seperti Shane Lowry dan Natxo Insa.

“Saya rasa kami sudah bersedia dengan permainan fizikal yang akan ditampilkan lawan. Walaupun fizikal pemain mereka tidak sama seperti pemain tempatan yang kita ada ketika ini, namun kami masih ada beberapa pemain import yang kuat seperti Shane dan juga Natxo,”ujarnya.

KEPUTUSAN TERKINI ULSAN HYUNDAI VS JDT 18.4.2022 10 MALAM.

 

LIVE STREAMING ULSAN HYUNDAI VS JDT 18.4.2022

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala ACL · Tagged: keputusan terkini Ulsan Hyundai vs JDT 18 april 2022, keputusan ulsan hyundai vs jd6t 18.4.2022, LIVE STREAMING ULSAN HYUNDAI VS JDT 18.4.2022, siaran langsung ulsan hyundai vs jdt acl 18.4.2022

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d