• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Oct 31 2019

Live streaming Terengganu vs Abahani Limited Final Sheikh Kamal ICC 31.10.2019

Share this on WhatsApp

sheikh kamal,

Pentas akhir hari ini dalam saingan piala Sheikh Kamal ICC 31 october 2019.

Apakah akan ada bonus buat pasukan kelab ini jika menang piala ini??

KUALA TERENGGANU, 31 Oktober – Sekiranya Terengganu Football Club (TFC) berjaya mencapai kemenangan menentang Abahoni Limited dalam perlawanan akhir Piala Kelab Antarabangsa Sheikh Kamal pada jam 8.00 malam ini, ia merupakan bonus buat pasukan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya tidak menyangka prestasi cemerlang yang ditonjolkan oleh para pemain TFC berjaya membawa pasukan itu ke peringkat tertinggi dalam kejohanan berkenaan. 

Jelasnya, objektif utama penyertaan skuad bimbingan Nafuzi Zain itu adalah untuk memberi pendedahan kepada bakat-bakat muda Terengganu.

“Alhamdulillah, pemain-pemain kita telah melakukan aksi yang terbaik apabila diberi pendedahan untuk bermain di sana.

“Separuh akhir tempoh hari, kesungguhan yang ditunjukkan mereka berjaya melayakkan TFC ke peringkat akhir, dan pada malam ini kita harap TFC menjadi juara dan apa-apa pun objektif utama kita telah tercapai,” ujarnya.

Katanya, berdasarkan perkembangan terkini pihaknya sudah boleh menyusun beberapa langkah awal bagi memperkemaskan pasukan untuk musim 2020.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Menandatangani  Perjanjian Kontrak Penaja Utama PBSNT Musim 2020 di Bilik Mesyuarat PBSNT, Wisma Seri Amar, di sini hari ini.

“Dalam kejohanan tersebut saya sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditonjolkan oleh pemain-pemain muda.

“Mereka menunjukkan komitmen dan keupayaan berada dalam kejohanan yang berprestij walaupun rata-rata mereka bermain dalam piala belia dan presiden, ini sangat membanggakan,” ujarnya.

Hishamuddin turut memaklumkan, selepas pertandingan terbabit beberapa lagi perlawanan persahabatan akan diatur bagi memperkuatkan pasukan.

“Saya dimaklumkan beberapa pasukan luar yang berpengkalan di Bangladesh dan India sudah membuat tawaran kepada TFC untuk mengadakan perlawanan persahabatan di Terengganu.

“Selain itu, kita juga sedang memilih satu tempat untuk melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan prestasi pasukan termasuk perlawanan persahabatan yang lain,” tambah beliau.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Friendly · Tagged: live streaming terengganu vs abahani limited 31.10.2019, Live streaming Terengganu vs Abahani Limited Final Sheikh Kamal ICC 31.10.2019, terengganu vs abahani limited

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d