Pentas terakhir dalam kejohanan piala fa 2019. Hari sabtu ini 27 julai 2019 StadiumBukit Jalil menjadi medan pertempuran buat dua Sang Final Kedah dan Perak berentap merebut Gelaran menggendong piala fa 2019. Pasukan yang tidak konsisten sudah rebah, yang tinggal hanya pasukan yang konsisten dan mampu bangkit semula sahaja di pentas akhir kali ini.
PERAK VS KEDAH.
Masing-masing punya pasukan ini sebelum ke pentas akhir bukanlah satu laluan yang mudah. Macam-macam dugaan dan rintangan yang mereka harus hadapi dalam saingan piala fa kali ini. Tidak dengan itu juga, sibuk dengan liga super mereka harus fokus semua perlawanan yang sedang berlangsung sekarang ini.
Bukan mudah untuk bergelar juara. apepun salah satu pasukan pada malam perlawanan ini ada yang akan bersedih dan akan ada yang bergembira. Itu sudah pasti, kita tak boleh nak nafikan. Harapnya kita hanya bermusuh dalam padang selama 90 minit masa pertempuran (tidak masuk masa kecederaan/ tambahan).
Masing-masing sudah bersedia untuk menggempur pasukan lawan masing-masing. Penyandang juara, pasukan pahang pun sudah terlepas piala ini dengan pasukan perak yang bangkit ditempat sendiri. Kalau kita tengok perjuangan pasukan perak lagi getir sebenarnya. Biarpun pada aksi terakhir dalam pertemuan perak vs kedah dalam liga super, perak tewas 2-4, namun ini tidak bermakna pasukan perak akan kalah sekali lagi dipentas akhir nanti.
Hal ini kerana ada pemain import kedah tidak dapat Renan Alves yang kerana sudah mendapat kad merah pada perlawanan terakhir mereka dalam liga super tempohari bertemu dengan Felda united (tewas 1-5). Pasukan kedah ada juga membuat rayuan, tetapi jika rayuan tidak lepas. Kemungkinan pasukan Kedah ada plan B yang harus disediakan.
Perancangan Final pasukan Kedah piala fa 27 julai ini bertemu Perak
Loqman Hakim. Calon pilihan skuad kedah, menganttikan Mat Nan.
Loqman Hakim calon pilihan terakhir menggantikan Mat Nan ] Pertahanan muda Kedah, Loqman Hakim Marzuki dilihat merupakan calon terakhir bagi menggantikan Renan Alves yang disahkan tidak dapat beraksi pada Final Piala FA 2019 menentang Perak sabtu ini di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perkara itu disahkan apabila permohonan KFA untuk menangguhkan pergantungan ke perlawanan seterusnya tidak dilayan oleh FAM. Jadi Loqman Hakim merupakan calon terakhir mengisi kekosongan pertahanan tengah Kedah menggantikan Renan.
Ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin menyatakan yang beliau tidak mempunyai pemain lain yang sesuai bermain di pertahanan tengah selain daripada Loqman Hakim apabila pemain berpengalaman iaitu Khairul Helmi masih lagi dalam proses pemulihan manakala Syawal Nordin masih mengalami kecederaan. Jika Loqman Hakim diturunkan pada aksi Final sabtu ini, pemain muda ini bakal mengadapi tugas yang berat apabila perlu merantai pergerakan penyerang Perak iaitu Careca dan juga Ronaldo Henrique.
Perancangan Final Pasukan Perak piala fa 27 julai ini.
IPOH: Kita pasti Pengendali Perak, Mehmed Durakovic yakin dapat menurunkan skuad terbaiknya bagi menghadapi Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 27 Julai ini.
Katanya, setakat ini semua pemain boleh diturunkan untuk final nanti namun mereka mempunyai perlawanan terakhir dalam Liga Super di Stadium Perak malam esok.
“Bagi perlawanan akhir Piala FA ini saya rasa kami ada kesebelasan utama dan harap mereka tidak mendapat kad merah atau cedera dalam perlawan terakhir Liga Super menentang Kuala Lumpur malam esok.
“Kami ada keseluruhan pasukan yang besar untuk menentang Kedah nanti,” katanya ketika ditemui pada program sesi bertemu peminat anjuran Al-Ikhsan Sports di cawangan kedai peralatan sukan itu di Ipoh Parade, di sini, hari ini.
Durakovic berkata, baginya Kedah adalah pasukan yang bagus dan mereka bermain baik pada musim ini sekali gus ia bukan lawan mudah.
“Namun Perak juga pasukan yang hebat dan final kali ini pasti menarik. Harap stadium akan penuh dengan penyokong kedua-dua pasukan bagi menyaksikan pasukan terbaik menang pada malam itu,” katanya.
Bercakap mengenai pengalamannya dalam menghadapi perlawanan besar termasuk final Piala FA, Durakovic mengakui ia pasti berbeza daripada sebelum ini.
Katanya, pengalamannya sebagai pemain dan jurulatih kebanyakan dalam perlawanan akhir sama ada Piala Malaysia atau Piala FA adalah di Stadium Shah Alam.
“Jadi akan ada perbezaan untuk perlawanan akhir kali ini. Namun saya tidak sabar menghadapinya kerana Perak sudah lama tidak berada dalam final Piala FA iaitu sejak 2004 iaitu selama 15 tahun,” katanya.
Perasaan itu turut dikongsi ketua pasukan, Shahrul Saad yang tidak sabar beraksi di final itu kelak untuk membawa pulang piala berkenaan selepas kejayaan memenangi Piala Malaysia musim lalu.
“Final Piala Malaysia lebih mendebarkan kerana ia perlawanan akhir pertama saya namun Piala FA ini juga sangat bermakna kerana Perak sudah tidak memenanginya berbelas tahun dan ia tugas penting kami dalam memberi bakti kepada negeri,” katanya.
Tonggak The Bos Gaurus, Brendan Gan pula berkata, Perak boleh dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam Piala FA kerana Kedah sudah memenanginya beberapa kali dalam musim sebelum ini.
Terdahulu semua pemain dan jurulatih pasukan Perak hadir untuk bertemu dan bermesra dengan penyokong yang ditawarkan pakej istimewa pembelian kombo jersi pasukan itu oleh Al-Ikhsan dengan 150 pembeli terawal akan mendapat satu tiket perlawanan akhir Piala FA.
Pakar taktikal , Mehmet pastinya ada menyimpan strategi yang lain biarpun tewas pada aksi terakhir bertemu dengan kedah di stadium darul Aman yang lepas 2-4. Mesti ada strategi yang dia rasa boleh atasi pasukan Kedah pada 27 julai nanti. Tunggu.
LIVE STREAMING KEDAH VS PERAK PIALA FA 27 JULAI 2019.
Menurut FAM, tiga pengadil dari Jepun akan terlibat dalam aksi final Kedah vs Perak di mana seorang pengadil tempatan kita akan bertindak sebagai pengadil keempat. Siapa nama pengadil itu kita belum pasti ok. Korang tunggulah nanti.
Korang boleh tengok live di rtm2 dan juga di applikasi ifflix secara percuma ok. Tunggu!!