
Perlawanan international hari ini di stadium bukit kalil malaysia vs Sri Lanka jam 8:45 malam ini. Persiapan sebelum menentang pasukan vietnam pada 10 haribulan 10 2019. Bukan mudah untuk menjinakkan naga emas. Ranking pun bawah seratus. Namun dalam bola sepak kita harap ada kebangkitan buat skuad kebangsaan kali ini.
Kita kena yakin dan positif bahawa skuad kebangsaan mampu untuk pergi jauh.Semua ini ambil masa, tapi kita harap sangat pasukan kita boleh pergi jauh dalam kumpulan ini. Takkanlah asik nak cuba lagi tahun depan. Skrip yang sama jer. Sampai bila pasukan kita nak pergi jauh?? Sampai bila asik kena bahan, dengan negara lain. Atau pun kritikan dari penyokong itu sendiri.
Aku tak fahamlah, tapi aku harap pasukan kita dapat pergi jauh untuk menumpaskan pasukan yang hebat-hebat nih. Ini skuad yang terbaik dari tan cheng hoe. Kalau dapat jurulatih import yang hebat pun, pemain takda attitude yang bagus dan fikir hanya poket masuk dalam kocek jer mana mungkin pasukan ini hanya boleh pergi jauh. Setakat piala aff dan sukan sea sahaja ke level pasukan kita ini??
Malam ini kita harap keputusan positif dapat dicapai dalam pertemuan pasukan malaysia vs sri lanka malam ini nanti. Tunggu.