• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 22 2019

Live streaming malaysia vs philippines afc u23 22.3.2019

Share this on WhatsApp

Jadual perlawanan afcu 23

Perlawanan pertama dalam skuad harimau muda dalam kempen kelayakkan piala afc bawah 23 tahun ini malaysia dijadualkan akan bertemu dengan skuad azkal, filipina di stadium shah alam malam ini jam 8:45 malam. Kita lupakan kekalahan skuad harimau malaya yang tumpas dengan pasukan jiran kita singapura 0-1. Kita fokus kepada perlawanan malam ini pula.

Baca juga :

LIVE STREAMING MALAYSIA VS PHILIPPINES AFC U23 2019

Kita mengharapkan tiga mata penuh berjaya diraih dalam perlawanan pertama, so bermain ditempat sendiri sepatutnya pemain manfaatkan peluang yang ada ini untuk bagi yang terbaik pada perlawanan malam ini.

KEDUDUKAN TERKINI KUMPULAN J :

  1. MALAYSIA 0 MATA
  2. PHILIPPINES 0 MATA
  3. CHINA 0 MATA
  4. LAOS 0 MATA

Antara 4 pasukan ini, pasukan china dilihat pasukan pilihan. So sebagai pasukan underdog kita faham bahawa pastinya pasukan malaysia mahu melangkah ke peringkat seterusnya. Memanglah bukan mudah, tetapi harus fokus dengan perlawanan ini dan tahu apa taktikal yang telah direncanakan oleh Datuk Ong Kim Swee.

Tagih Bisa Trio SAH.

SKUAD bawah 22 (B-22) tahun negara dijangka mempertaruhkan gandingan ‘trio SAH’ membabitkan Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Hadi Fayyadh Abd Razak dalam aksi pertama menentang Filipina pada kempen kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Misi yang lebih besar kali ini.

Misi #DEMINEGARA bermula hari ini. Displin dan semangat juang yang tinggi kunci kejayaan di kelayakan #AFCU23. All The Best Boys.. pic.twitter.com/O8nARfMWNh

— ONG KIM SWEE (@OKS_HarimauMsia) March 22, 2019

Safawi dan Akhyar yang tidak bersama pasukan ketika dimalukan pada saingan Piala AFF B-22 di Kemboja bulan lalu, bakal menambah sengat di jentera depan sekali gus cuba memburu kemenangan besar sebelum berdepan dua lagi lawan dalam kumpulan J iaitu Laos dan China.

Pengendali negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, aksi baik yang diperagakan Safawi dan Akhyar bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) serta Hadi di kelab divisyen dua Jepun, Fagiano Okayama mampu memperbaiki posisi serangan yang agak tumpul sebelum ini.

“Kami mempersiapkan diri untuk aksi ini. Seperti saya katakan sebelum ini, menjadi harapan mana-mana jurulatih untuk menghimpunkan pemain terbaik dalam pasukan.

“Kehadiran Safawi dan pemain lain pasti memberi kelebihan kepada pasukan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau yang membawa Malaysia mara ke suku akhir Kejuaraan AFC B-23 di China pada edisi lalu, menegaskan tumpuan utama adalah memastikan tiga mata dapat diraih apabila menentang Filipina yang dikendalikan Randolfo Clarino.

“Yang penting kita dapatkan kemenangan dan sudah tentu jumlah jaringan juga memainkan peranan untuk mendapatkan tiga mata sebelum memikirkan apa langkah seterusnya yang perlu dilakukan untuk berdepan Laos dan China,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Filipina, Randolfo Clarino percaya anak buahnya mampu menggugat Malaysia dalam perlawanan itu.

Katanya, selepas membuat rombakan berikutan prestasi hambar ketika Piala AFF B-22 bulan lalu, beliau mengharapkan keputusan positif mampu dicapai, sekali gus mencabar tuan rumah, Laos dan China.

“Saya berpuas hati dengan pemain yang ada sekarang. Kami mempunyai ramai pemain muda berbakat cuma mereka perlu diberi peluang untuk dikembangkan.

“Jadi, untuk persiapan perlawanan nanti saya cuma mahukan mereka ikut segala apa yang dirancang dan patuh segala arahan saya.

“Jika mereka ikut setiap yang diberitahu dan beri perhatian pada perlawanan ini, pasti tiga mata berada dalam tangan kita,” katanya pada sidang media sama.

PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun, Datuk Ong Kim Swee mengimpikan mata maksimum mampu dicuri daripada dua pasukan Asia Tenggara, Filipina dan Laos dalam dua pertemuan awal Kumpulan J kelayakan Kejuaraan AFC.

Selain misi mengubat duka penyokong tempatan selepas skuad senior tewas 0-1 kepada Singapura dalam saingan Piala Airmarine semalam, Kim Swee mengharapkan pemain yang terpilih mampu memulakan saingan dengan kemenangan menentang Filipina di Stadium Shah Alam, malam esok.

“Ia satu kekecewaan (kekalahan Harimau Malaya). Kami pula sudah lakukan persiapan dan hari demi hari pemain semakin baik. Tetapi kami tidak boleh ambil mudah kerana kita tahu Filipina dan Laos ada peningkatan.

“Sudah pasti China adalah pasukan pilihan tetapi kami perlu hadapi saingan ini satu demi satu perlawanan. Namun tiada guna untuk kami fikirkan tentang China dan sekarang kami perlu dapatkan mata maksimum dalam dua perlawanan awal,” katanya pada sidang media praperlawanan, hari ini.

Pada edisi tahun lalu di China, skuad negara mencipta kejutan mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

Juara setiap kumpulan layak automatik ke pusingan akhir yang bakal dilangsungkan di Bangkok, Thailand dan lima lagi naib juara terbaik bakal melengkapkan 16 pasukan bertanding.

Ketika China dilihat sebagai pilihan untuk menjuarai saingan kumpulan, Kim Swee tidak terlalu memikirkan soal jaringan besar untuk memburu slot lima naib juara terbaik.

“Apa yang penting sekarang kita cuba dapatkan kemenangan. Sudah tentu jumlah jaringan turut memainkan peranan tetapi yang mustahak sekarang kita perlu dapatkan tiga mata.

“Penyokong akan hadir dan kita begitu memerlukan sokongan mereka kerana ia boleh menaikkan motivasi pemain,” katanya.

nantikannya live streaming  perlawnaan malam ini kita akan update ok. Korang tunggulah ok.

check out this page
check out this page

Share this:

  • Tweet
  • Reddit
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: live streaming malaysia vs philippines afc u23 2019, live streaming piala afc u23 malaysia, malaysia vs philippines, malaysia vs philippines afc u23 2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy
check out this page

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d