Sempena kemerdekaan yang ke 62 yang akan diadakan pada hari ahad ini. Harapnya skuad kebangsaan memberikan hadiah kemenangan sebelum kita akan menyambut kemerdekaan esoknya pada 31 ogos 2019.
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan Jordan bakal menjadi aksi pemanas badan skuad Harimau Malaya sebagai persiapan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 apabila kedua-dua pasukan itu bertemu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Ogos ini.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, secara lisannya pasukan yang menghuni ranking No. 99 dunia, Jordan telahpun mengesahkan persetujuan mereka dan kini badan induk sukan bola sepak negara itu sedang menyiapkan kertas kerja bagi aksi persahabatan tersebut.
“Kita ada satu perlawanan menarik yang bakal diadakan melibatkan skuad Harimau Malaya apabila mereka akan bertemu Jordan pada 30 Ogos ini di Bukit Jalil.
“Perlawanan tersebut adalah menggantikan aksi persahabatan Malaysia menentang UAE (Emiriah Arab Bersatu). Buat masa sekarang, kami menunggu jawapan secara bertulis daripada Jordan untuk sahkan perlawanan tersebut,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, hari ini.
Malaysia sepatutnya bertemu UAE dalam aksi persahabatan sebelum menghadapi Indonesia dalam kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Dunia 2023 pada 5 September ini, bagaimanapun perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan selepas pasukan ke-65 dunia itu diletakkan dalam Kumpulan G bersama Harimau Malaya, Garuda, Vietnam dan Thailand.
Ketika ditanya mengapa Jordan menjadi pilihan Harimau Malaya, Stuart memberitahu, perlawanan tersebut diatur selepas mendapat permintaan daripada ketua jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe.
“Cheng Hoe nak lawan Jordan sebab lepas kita jumpa Indonesia, Malaysia akan menghadapi UAE di laman sendiri, jadi saya fikir mungkin dia beranggapan Jordan adalah lawan yang paling sesuai,” katanya lagi.
Live streaming malaysia vs jordan 30.8.2019
Sumber Lain :