Merupakan perlawanan terakhir kumpulan J hari ini. Ini adalah ujian sebenar dalam perlawanan ini. Epik dan betul-betul menjadi satu perlawanan yang sangat penting buat skuad kebangsaan hari ini.
Skuad B-22 kebangsaan kendalian Datuk Ong Kim Swee memerlukan sokongan padu penyokong Harimau Malaya bagi aksi terakhir Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020 bertemu China di Stadium Shah Alam, jam 8.45 malam ini bro!!
GUUS HIDDINK AKUI MALAYSIA AKAN MENJADI UJIAN SEBENAR DALAM KELAYAKAN KEJUARAAN AFC B-23 2020
Menjelang perlawanan terakhir Kumpulan J kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 antara China menentang Malaysia, jurulatih China, Guus Hiddink merasakan ia akan menjadi pertandingan yang sengit antara kedua-dua pasukan.
Anak buah Hiddink membelasah Filipina 8-0 dalam perlawanan terakhir mereka dalam Kumpulan J dan sebelum itu telah menewaskan Laos 5-0 dalam perlawanan pertama kempen itu.
Walaupun medapat dua kemenangan besar, Hiddink mendedahkan bahawa pertembungan mereka menentang Malaysia adalah perlawanan sebenar dalam kempen kelayakan ini.
“Saya melihat Malaysia bermain dan saya katakan, saya suka menonton mereka.
“Malaysia mempunyai pemain yang berkemahiran dan mencabar. Kami mengharapkan ada cabaran besar dari Malaysia.
“Saya juga tahu tentang mereka yang dilabel sebagai pembunuh gergasi kerana mereka telah mengalahkan negara-negara seperti Arab Saudi dan Korea Selatan tahun lalu. Ia akan menjadi ujian untuk pemain saya,” kata Hiddink.
Dalam temu bual itu, dia ditanya mengenai bintang Malaysia yang mana telah mencuri perhatian dia, dan jurulatih berasal dari Belanda itu berkata, “Itu terlalu sukar (untuk menyebut nama-nama). Saya cuba memahami bahasa anda tetapi saya akhirnya melanggar bahasa saya,” katanya sambil bergurau.
Bercakap mengenai kemenangan besar ke atas Filipina, Hiddink mendedahkan kegembiraan atas transformasi pasukannya.
“Tahun lalu, China mencatatkan kemenangan dengan jaringan kecil tetapi masih juga mengalami kekalahan.
“Mereka telah mencapai lebih banyak sekarang. Saya sangat menghormatinya dan saya juga terkejut dengan komitmen dan prestasi mereka.
“Mereka mengikuti apa yang diarahkan dalam latihan. Saya gembira dengan keputusan ini berbanding pada ketika saya memulakannya pada bulan September lalu.
“Terdapat 12 hingga 13 pemain dalam pasukan ini yang telah mencapai kemajuan yang luar biasa. Walau bagaimanapun, tidak kurang juga pemain bangku simpanan saya juga berada pada tahap yang sama dengan 11 pemain utama,” katanya.
Akhirnya, Hiddink percaya bahawa Persatuan Bola Sepak China (CFA) perlu terus mendedahkan bakat bintang-bintang pemain muda mereka.
“Berapa banyak masa permainan yang akan mereka dapatkan dengan kelab masing-masing selepas kejohanan ini? Kelab tidak perlu takut untuk memperkenalkan pemain muda mereka dalam pasukan utama.
“CFA perlu memikirkan cara untuk mencipta lebih banyak pertandingan kerana ia akan membantu perkembangan bola sepak mereka pada masa akan datang,” jelas Hiddink lagi. –FoxSports
LIVE STREAMING MALAYSIA VS CHINA AFC U23 26.3.2019
Dia katapun pasukan mereka harus berhati-hati dengan aksi pasukan harimau muda kali ini. Biarpun mereka yakin mampu tumpaskan harimau asia ini. Namun pasukan naga merah mereka sudah tentu takut dengan sorakan penyokong harimau malaya akan membaham korang di stadium shah alam malam ini. Ayuh semua turun ke stadium malam ini. Kita dari pelbagai negeri dan fans dari negeri masing-masing perlu melupakan ego masing-masing demi misi malam ini. Harimau muda perlukan kita semua.
Kita adalah ekor harimau malaya!!
BELI TIKET SECARA ONLINE
Hari Perlawanan!
MALAYSIA lawan CHINA
Stadium Shah Alam, 8.45 malam ini
* Harga tiket RM20 & RM5 (7-12 tahun)
* Penjualan tiket online di www.tickethotline.com.my sehingga 2.00 petang ini
* Kaunter tiket akan dibuka di Pintu B (mula 12.00 tengah hari) & di Pintu C (mula 4.00 petang)
* Siaran langsung di Astro Arena 2 HD 803
Info Tiket & Pintu Masuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, Selasa 26 Mac 2019 –
nfo Tiket & Pintu Masuk Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2020, Selasa 26 Mac 2019 – Laos vs Filipina (4.30 ptg) & Malaysia lwn China (8.45 mlm)
* Tiket berharga RM20 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak 7 hingga 12 tahun)
* Kaunter tiket akan dibuka bermula jam 12.00 tengah hari di Pintu A (penyokong Filipina & China) dan Pintu B (penyokong Laos & Malaysia) manakala kaunter tiket di Pintu C (penyokong Malaysia sahaja) akan dibuka jam 4.00 petang
* Pintu masuk ke stadium akan dibuka bermula jam 3.00 petang iaitu Pintu A (penyokong Filipina & China) dan Pintu B (penyokong Laos & Malaysia) manakala Pintu C (penyokong Malaysia sahaja) akan dibuka jam 6.30 petang
* Sistem kemasukan ke dalam stadium adalah menggunakan sistem baharu iaitu sistem imbasan Kod QR yang terdapat pada tiket
* Sila datang awal bagi mengelak daripada beratur panjang dan kelewatan yang tidak diingini terutamanya ketika sudah hampir dengan waktu sepak mula perlawanan
Misi wajib menang ke atas China malam ini dalam perlawanan kelayakan Piala AFC Bawah 23 tahun!
Marilah kita memberikan kata-kata semangat kepada mereka dan penuhkan Stadium Shah Alam untuk menyokong pasukan kita. 🇲🇾 #AFCU23#HarimauMalaya pic.twitter.com/ajoDPXt11a
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 26, 2019
SUMBER LAIN :