• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 12 2020

Live streaming JDT VS Vissel Kobe fc 12.2.2020

Share this on WhatsApp

JDT VS VISSEL KOBE

Perlawanan pertama dalam saingan liga juara-juara asia pastinya perlawanan yang dinanti-nanti buat penyokong jdt dan seluruh rakyat malaysia. Kita pun tak pasti bagaimana prestasi pasukan jdt setelah berehat dalam dua bulan lebih juga liga super. Last kita ada perlawanan pra musim di dubai.  5 perlawanan persahabatan, dan keputusan yang positif kita dapat, 2 kalah , 3 kali menang.

Persiapan jdt untuk tahun ini memang ada tersusun rapi juga dengan pra musim dan juga program natrulisasi. Tetapi bermain di peringkat antarabangsa yang lebih tinggi bukan sesuatu yang mudah sebenarnya. Kalau dapat mara ke peringkat seterusnya , dalam kumpulan ini kena lepas dululah baru boleh sembang.

Baca juga : Pelancaran jersi jdt 2020

Pertemuan ini bukan sahaja menyaksikan JDT berdepan dengan sebuah pasukan kelab yang hebat malah JDT terpaksa mengharungi 90 minit perlawanan dalam cuaca sejuk. Namun bagi semua barisan pemain-pemain JDT, faktor ini bukan penghalang untuk mereka mencipta kejutan di tempat lawan.

JDT KUMPULAN G :

  1. Suwon Bluewings- Korea Selatan
  2. Kobe- Jepun
  3. Johor DT- Malaysia
  4. Guangzhou Evergrande- China

Yang kita risau perlawanan pasukan china -guangzhou Evergrande. Masih belum settle lagi wabak virus corona ini. Kita harapkan wabak ini dapat diatasi suatu hari nanti dalam masa yang terdekat. Sama-samalah kita berdoa semoga wabak ini dapat dihindari.  Apepun jadual perlawanan sudah dikemaskini, dilanjutkan ke bulan 4 kalau tak silaplah. Kita akan update nanti jadual perlawanan jdt liga juara-juara asia 2020.
JDT tak gerun berdepan Vissel Kobe 12.2.2020 

Kalau kita tengok prestasi semasa, kelab dari Jepun, Vissel Kobe tampak berada dalam kedudukan terbaik untuk mencipta kemenangan pada aksi pertama. Namun apa sahaja boleh berlaku dan kejutan mampu dilakukan skuad bimbingan Benjamin Mora. Apa yang harus ada buat setiap pemain Harimau Selatan adalah keyakinan dan semangat juang kental untuk mengetepikan status pasukan bukan pilihan.

Pasukan Vissel dapat tempat ke 8 dari 18 untuk liga Jepun , J league 1. Bukan senang tuh beb, biarpun jdt juara liga super 2019 dari 12 pasukan yang bertanding.

Walaupun Vissel Kobe meraih tonik yang berharga selepas menjuarai Piala Super Fuji Xerox, baru-baru ini, barisan pemain JDT juga harus bangga apabila dinobatkan Kelab Terbaik Piala AFC sepanjang dekad, sekali gus membuktikan betapa pasukan Harimau Selatan itu bukan `kaleng-kaleng’.

JIKA dinilai prestasi semasa, kelab dari Jepun, Vissel Kobe tampak berada dalam kedudukan terbaik untuk mencipta kemenangan pada aksi pertama Kumpulan G apabila melayani kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), di Park Stadium Misaki, esok.

Namun apa sahaja boleh berlaku dan kejutan mampu dilakukan skuad bimbingan Benjamin Mora ibarat membujur lalu melintang patah tatkala tidak gentar untuk berdepan wakil Jepun itu yang pernah mewarnai kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) dan La Liga Sepanyol.

Apa yang harus ada buat setiap pemain Harimau Selatan adalah keyakinan dan semangat juang kental untuk mengetepikan status pasukan bukan pilihan.

Sebaliknya turun beraksi dalam tempoh 90 minit dengan memberi sepenuh fokus tanpa menghiraukan reputasi gah skuad bimbingan Thorsten Fink.

Walaupun Vissel Kobe meraih tonik yang berharga selepas menjuarai Piala Super Fuji Xerox, baru-baru ini, barisan pemain JDT juga harus bangga apabila dinobatkan Kelab Terbaik Piala AFC sepanjang dekad, sekali gus membuktikan betapa pasukan Harimau Selatan itu bukan `kaleng-kaleng’.

Tanpa kelibat Liridon Krasniqi dan Leandro Velazquez yang tidak bersama skuad Harimau Selatan untuk aksi ACL, kelibat Hariss Harun dan Natxo Insa akan dipertaruhkan bagi menyekat kelicikan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Andres Iniesta yang juga tonggak utama lawan. Bagaimanapun skuad bimbingan Fink yang digelar Ushi dalam kancah Liga 1 Jepun (J1 League) harus berwaspada dengan rangkaian serangan tiga serangkai yang diterajui Diog Luis Santo, Gonzalo Cabrera dan Safawi Rasid yang mampu menjadi duri dalam daging buat Vissel Kobe.

Hanya agak merisaukan pastinya benteng pertahanan yang tampak masih belum mantap sepenuhnya dan peranan Mauricio Santos amat penting untuk membentuk kombinasi mantap sama ada bakal bergandingan bersama Aidil Zafuan Abd Radzak atau Adam Nor Azlin di benteng pertahanan.

Tugas berat juga menanti bek kiri dan kanan tatkala Corbin Ong akan mengemudi posisi kiri dan kemungkinan S Kunalan akan dipertaruhkan untuk mengawasi posisi kanan selepas Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham mengalami kecederaan agak panjang ketika siri jelajah pramusim di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Apapun, barisan pemain JDT yang tampak berpengalaman dalam kancah saingan ACL untuk musim kedua berturut-turut harus konsisten dan tidak terlalu terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan malah berusaha untuk sekurang-kurang membawa pulang satu mata.

Live streaming JDT VS VISSEL KOBE 12.2.2020.

Apapun, barisan pemain JDT yang tampak berpengalaman dalam kancah saingan ACL untuk musim kedua berturut-turut harus konsisten dan tidak terlalu terikut-ikut dengan corak permainan pasukan lawan malah berusaha untuk sekurang-kurang membawa pulang satu mata.

So jangan lupa perlawanan pada petang ini :

Vissel Kobe vs JDT
LIVE FoxSport 812
12 Februari 2020 (Rabu)
6 Petang waktu tempatan
Keputusan terkini jdt vs Vissel Kobe 12.2.2020

Keputusan terkini Perlawanan Vissel Kobe vs JDT

Berikut adalah keputusan terkini perlawanan Vissel Kobe vs JDT dibawah. Live score. Kita akan kemaskini keputusan terkini perlawanan pertama liga juara-juara asia hari ini 12 haribulan 2020.

VISSEL KOBE ( 0) – (0 ) JDT

Facebook live

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: jdt vs vissel kobe, keputusan jdt vs vissel kobe afc cup 12.2.2020, Live streaming JDT VS Vissel Kobe fc 12.2.2020

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d