
Berlatih sudah, makan sudah, main tabur-tabur garam pon sudah. Hari ni tibalah masa perlawanan pertama pramusim JDT membuka tirai. Mlm ni JDT akan menentang Riga FC, juara liga divisyen satu Latvia. Untuk pengetahuan semua, pasukan kebangsaan Latvia berada pada ranking 147 (ranking FIFA).
Sedikit info mengenai Riga FC ini.. Jalan cerita mereka hampir sama dgn JDT kerana mereka juga kelab yg baru dijenamakan semua pada tahun 2015. Mereka berasal dari dua pasukan yg berasingan iaitu Caramba Riga dan Dinamo Riga. Pada tahun 2015 kedua duanya disatukan dan bermain dalam liga divisyen 2 Latvia dgn nama Caramba/Dinamo Riga. Setelah menjuarai divisyen 2 dan naik ke divisyen 1 nama pasukan ini ditukar menjadi Riga FC.
Kita harap pasukan jdt dapat timba pengalaman yang bagus sebelum kita memulakan kempen liga super 2020 bulan depan 28 february 2020.
Kalah menang itu belakang cerita, yang penting dah makan sedap, haha. So banyak yang kena belajar bukan dari jurulatih dan pemain sahaja. Kita penyokong pun mungkin boleh tengok apa yang patut boleh pelajari dari corak permainan pasukan lain nih.