JDT VS PERAK.
Harimau selatan vs The Boss Gaurus.
Pertembungan yang dijangka sengit malam ini. Adakah pasukan perak akan meleburkan keegoaan pasukan jdt dibumi larkin ini sendiri? Sesuatu yang menarik disaksikan seluruh alam semesta. Perlawanan liga super ini akan ada live streaming di tv9 malam ini jam 9 malam. Adakah pasukan perak akan mengajar jdt cara bermain bola seperti perlawanan yang pertama diantara perak vs jdt untuk perlawanan pusingan pertama tempohari?
Tonton terus ke facebook disini
Ada banyak alasan untuk kita memilih game ini sebagai game of the match malam ini.
1. Benarkah JDT sudah mampu bermain jauh lebih baik daripada awal musim ataupun lebih baik daripada musim2 yang lalu? Admin memilih ye.
Gabungan Safiq/Insa benar2 membolehkan pemain2 spt Gabby,Cabrera dan Hazwan lebih bebas membentuk variasi serangan yg baik. Malahan taktikal Morais juga kembali menjadikan Ghaddar seorang pemusnah yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.
2. Misi membalas dendam.
Perak merupakan satu-satunya pasukan setakat ini yg mampu mencalar rekod tanpa kalah JDT dalam liga super sejak 2016. Selangor pun dah menang juga menewaskan jdt dalam piala malaysia. Masa perak menewaskan jdt ialah ketika mendiang coach carl weigang. Kalaulah carl weigang masih lagi hidup dan membimbing pasukan perak ketika ini, mungkin skripnya sudah berbeza. Kita tak tahu prestasi weigang kadang-kadang ok , kadang tak ok.
Jadi dengan momentum permainan yang seakan-akan tidak kendur daripada JDT dalam liga walaupun sudah 99% pasti menjuarainya maka ianya hanya menyusahkan Perak sahaja. Untuk saingan piala Malaysia? Pastinya pemain-pemain utama JDT mendapat rehat yang secukupnya.
3. Rekod Larkin.
Pasti JDT akan terus mempertahankannya bahkan ianya adalah sejarah hebat buat pasukan yang dapat menewaskan jdt dalam term liga super!!
4. Perak semakin meningkat game by game.
Ini satu perkara yang menarik. Setelah Pahang longlai di SDM. Begitu juga dgn pasukan2 pengacau yang mudah dijinakkan JDT. Maka adakah benar JDT berada ditahap level yang lebih baik dalam liga super? Sejak pasukan perak dikemudi oleh bekas jurulatih selangor, Mehmet Duracovic, sentuhannya memang ada berbeza sedikit.
Atau Perak akan membuktikan sesuatu?
5. Faktor keletihan.
Jika Perak tumpas maka faktor ini adalah paling sesuai buat mrk. Krn tanpa “game pressing” yg bagus maka mrk seolah2 rela membiarkan JDT bermaharaja lela di depan penyokong2 mrk.
6. Adakah stadium akan kembali meriah seperti perlawanan pertama jdt vs kedah untuk piala sumbangsih , untuk rekod, itu jer penyokong paling ramai datang ke stadium.
Nantikannya live streaming malam ini akan kami sediakan. Tunggu.
PERAK (0) VS (0) JDT.