
Perlawanan pra musim jdt yang ke 4 jelah di arab timur tengah. Dah sedap jalan-jalan, makan-makan. Bawak kereta besar, jalan di padang pasir. Dung-dang. So hari ini jdt kena tumpukan satu game iaitu bertemu dengna pasukan Msk Zilina dari Slovakia.
Keputusan perlawanan yang lepas jdt dalam siri jelajah Dubai 2020.
Perlawanan persahabatan buat pasukan jdt siri jelajah dubai 2020. Perlawanan yang ke 4 hari ini setelah mengharungi tiga perlawanan. Satu keputusan tewas 0-2 keatas pasukan Riga FC, perlawanan kedua, kita menang tipis 1-0 ke atas pasukan Dibba fc. Kemudian last game kita menang 2-1 keatas negara pasukan dari Turkmenistan. So disini kita dapat lihat ada peningkatan keputusan yang positif buat pasukan jdt. Keserasian mula dicapai dan taktikal yang berkesan dari Benjamin Mora untuk mendapatkana keputusan yang mengembirakan buat peminat jdt dan pemain itu sendiri.
Sedikit analisis pasukan lawan, MSK Zilina.
MSK Zilina adalah salah satu kelab utama di Liga Super Slovakia di Eropah. Slovakia adalah pasukan yang menduduki ranking No 32 dunia justeru bermakna MSK Zilina adalah kelab yang bukan biasa-biasa. Pasukan ini merupakan Juara Liga Super Slovakia sebanyak 7 kali , MSK Zilina juga beberapa kali menyertai kedua dua kejohanan bolasepak tertinggi Eropah iaitu Champions League dan UEFA Cup. Pastinya satu perlawanan ujian yang cukup baik untuk JDT.
Baca juga : JDT vs Dibba fc
Slovakia level lebih baik dari Latvia. Match tour 2020 yang terbaik dalam sejarah JDT kerana dapat ukur level JDT dengan pasukan dari negara mid-ranking Eropah. Bagi aku ini satu benchmark utk JDT sebelum perang besar di ACL nanti kita akan bertemu dengan kelab dari jepun, korea, china.
Baki perlawanan persahabatan di Dubai
29 Januari : JDT vs MSK Zilina (juara Liga Slovakia)
30 Januari : JDT vs Emirates Fc
Selepas 2 perlawanan ini JDT akan terbang ke Johor untuk pelancaran jersi baru 2020. Itu yang tak sabar nih untuk perlawanan ini nanti. So stay tuned bersama thejdt.com