• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 24 2018

Live streaming JDT vs Melaka united liga super 24 feb 2018

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Setelah 2 minggu kita berehat untuk saingan dalam liga super 2018, hari ini perlawanan yang kita tunggu-tunggu JDT VS MELAKA UNITED. Saksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim menentang Melaka dalam perlawanan unifi Liga Super Malaysia 2018 yang akan berlangsung malam ini, 24hb Februari 2018 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jam 9.00 malam. Ayuh berikan laungan semangat dan sokongan sebagai penyokong Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu Johor.

Boleh menang ke jdt? 5 kali pertemuan, lawan dengan melaka united, ikut head to head lebih memihak kepada jdt 3 kali menang 2 kali seri. Tanpa penyokong apalah erti bola sepak.. ternyata bola sepak dan penyokong tak dapat di pisahkan.. dan kami sebagai penyokong setia kalah atau menang tetap sebagai penyokong tegar akan kami sokong.

Vote pasukan anda dibawah ini jdt atau melaka united.

Info untuk warga johor. 

PERKHIDMATAN BAS ‘SHUTTLE’ PERCUMA UNTUK MENYAKSIKAN PERLAWANAN JDT DI STADIUM LARKIN

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan terus menyediakan perkhidmatan bas ‘shuttle’ percuma bagi kemudahan para penyokong Harimau Selatan pada hari perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Para penyokong boleh menaikinya di hentian yang dinyatakan seperti berikut;

  • Taman Tasek Merdeka
  • Perpustakaan Awam Larkin
  • Larkin Sentral (Pasar Awam Larkin)
  •  Perhentian Bas Stadium Larkin

Perkhidmatan bas ‘shuttle’ ini akan bermula dari jam 5:00 petang sehingga 8.30 malam. Ia akan disambung semula pada jam 10.45 malam sehingga penyokong bersurai. Perkhidmatan ini diadakan bagi menangani masalah tempat letak kenderaan yang terhad di Stadium Larkin.

Artikel Kosmo Online memetik kenyataan pemain pertahanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Fazly Mazlan yang menegaskan bahawa JDT akan tetap berwaspada dengan ancaman dari Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Beliau menyifatkan pasukan Sang Kancil itu mempunyai kelebihan yang tersendiri dan tidak boleh dipandang rendah. Mengulas mengenai kehadiran Corbin-Ong, beliau tidak melihat ia sebagai satu tekanan sebaliknya memandang ia dari sudut positif. Menurutnya lagi, kehadiran pesaing yang bagus secara tidak langsung dapat mewujudkan persaingan yang sihat.

Nantikan info live streaming yang akan kami kongsikan kepada anda jam 9 malam nanti.

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: jdt vs melaka united, live online jdt vs melaka united 2018, live streaming jdt vs melaka united, live streaming liga super jdt vs melaka united 24.2.2018

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d