• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 02 2019

Live streaming JDT vs Kedah piala malaysia 2.11.2019

Share this on WhatsApp

logo piala malaysia, piala malaysia,

Perlawanan pentas final piala malaysia 2019 hari ini 2 november 2019 diantara pasukan JDT VS KEDAH. Pasukan manakah yang akan menjulang piala malaysia 2019. Masing-masing sudah menjalani perjalanan yang sukar sebelum ke pentas akhir piala malaysia 2019. Pasukan Kedah aku rasa lagi tough dia punya saingan. Separuh akhir dah macam akhir untuk kali ini. 16 gol terhasil dari kedua-dua perlawanan. First leg, 3-3, second leg 5-5. Kelebihan buat pasukan kedah.

Kedah tahun ini sudah menjulang piala fa 2019, jdt sudah menjulang piala liga super . Piala dulang tak kiralah ok.

Ramai jurulatih ramal jdt juara piala malaysia 2019!! 

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus menjadi pilihan jurulatih dan pemerhati bola sepak tempatan untuk menjulang Piala Malaysia musim ini.

Rata-rata mereka lebih melihat kepada kualiti tinggi corak permainan barisan pemain Harimau Selatan yang menjadi kekuatan utama untuk skuad berkenaan menjulang trofi berprestij itu.

Namun, tidak dinafikan beberapa pemerhati turut memilih Kedah sebagai juara berdasarkan penilaian yang dibuat terhadap barisan pemain Aidil Sharin Sahak.

“Berdasarkan prestasi semasa yang konsisten, saya fikir JDT mempunyai kelebihan untuk menjuarai Piala Malaysia kali ini berbanding Kedah.”

Bekas jurulatih Harimau Malaya, Wan Jamak Wan Hassan memilih JDT sebagai pemenang dengan keputusan Kedah 0 JDT 2.

“Melihat kepada persembahan cemerlang ketika berdepan Pahang di separuh akhir, saya fikir Kedah mempunyai kemampuan untuk menewaskan JDT. Walaupun ketiadaan dua tonggak pertahanan (Rizal Ghazali dan Renan Alves), tapi saya tidak rasa ia satu masalah besar buat Kedah kerana mereka mempunyai pemain lain seperti Khairul Helmi Johari dan Amirul Hisyam Awang Kechik.”

Bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah pula meramalkan  final memihak pasukan Kedah 2 JDT 1

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim yakin kelebihan memihak JDT.

“Kebetulan dua pemain pertahanan utama Kedah tidak dapat beraksi, jadi ia pasti memberi kelebihan tambahan buat JDT untuk meraih kemenangan. Malah, pemain JDT seperti Afiq Fazail dan Safawi Rasid juga berada pada prestasi terbaik.”

Bekas jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim memilih JDT.

Kedah 0 JDT 2

“Aidil Sharin Sahak seperti ada magnet dalam pertandingan piala tetapi Kedah kena  memikirkan pemain pertahanan terbaik bagi menggantikan Renan Alves dan Rizal Ghazali. Jika gagal mendapatkan pengganti yang berkemampuan, JDT boleh ambil peluang itu.”

Jurulatih UKM FC, Sulaiman Husin memilih JDT sebagai pemenang.

JDT 2-0 Kedah

“Kedua-dua pasukan memiliki kekuatan seimbang daripada segi kualiti pemain import mahu pun tempatan malah ramai daripada mereka ada pengalaman beraksi di final. Detik kebangkitan Kedah adalah ketika separuh akhir, pasukan mana kurang melakukan kesilapan, pasukan itu akan juara”

Jurulatih PKNP FC, Abu Bakar Fadzim meramalkan Kedah menang.

Kedah 2-1 JDT

“Kedah juga pasukan yang bagus termasuk memiliki import yang bagus. Tetapi kalau dilihat, JDT berada di tahap lebih baik termasuk pengalaman beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia.”

Jurulatih skuad B-16 negara, P Maniam meramalkan JDT menjulang trofi malam nanti dengan keputusan:

JDT 2-1 Kedah

Kedah cuti umum jika menang cuti piala malaysia esok!!

ALOR SETAR: Esok diisytiharkan sebagai Hari Kelepasan Am di Kedah sekiranya pasukan bola sepak negeri ini menjuarai Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil malam ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan itu diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.

“Kerajaan negeri membuat keputusan ini sebagai penghormatan kepada pasukan Hijau Kuning yang mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman sehingga berjaya menjulang piala yang berprestij itu,” katanya.

Mukhriz berkata, ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri ini. – BERNAMA

Korang rasa pasukan manakah yang akan menjulang piala malaysia 2019?? nantikannya live streaming perlawanan kita akan update sebentar sahaja lagi ok. Tunggu!!

Live streaming Kedah vs JDT piala malaysia 2 november 2019 

Keputusan terkini perlawanan JDT VS KEDAH

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Malaysia · Tagged: jdt vs kedah, keputusan terkini piala malaysia jdt vs kedah piala malaysia 2.11.2019, Live streaming JDT vs Kedah piala malaysia 2.11.2019, live streaming jdt vs kedah piala malaysia 2019, siaran langsung jdt vs kedah piala malaysia 2.11.2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d