• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 12 2019

Live streaming jdt vs Gyeongnam fc 12.3.2019

penalti

Perlawanan piala afc yang kedua hari ini sebentar sahaja lagi jdt vs Gyeongnam dari negara korea. Kita harap pasukan jdt dapat manfaatkan kelebihan bermain ditempat sendiri malam ini mengutip tiga mata penuh.

Prestasi pasukan jdt 5 perlawanan yang lepas.

Last matches: JOHOR DT
09.03.19 SL Johor DT PKNP 3 : 0
05.03.19 CL Kashima Johor DT 2 : 1
01.03.19 SL Selangor Johor DT 2 : 4
23.02.19 SL Johor DT Melaka United 2 : 1
15.02.19 SL Terengganu Johor DT 2 : 2

Prestasi pasukan Gyeongnam fc

Last matches: GYEONGNAM
09.03.19 KL1 Incheon Gyeongnam 2 : 1
05.03.19 CL Gyeongnam Shandong Luneng 2 : 2
01.03.19 KL1 Gyeongnam Seongnam 2 : 1
02.12.18 KL1 Jeonbuk Gyeongnam 1 : 1
25.11.18 KL1 Gyeongnam Suwon Bluewings 2 : 1

Head to head.

Belum bertemu lagi.

ANNYEONG HASEYO GYEONGNAM FC!

Keseluruhan barisan kejurulatihan dan pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melayani kunjungan Gyeongnam FC ke Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada malam ini.

Wakil dari Republik Korea ini adalah naib juara K-League 1 musim 2018. Seperti JDT, kelab yang berpengkalan di Changwon, Republik Korea ini layak secara automatik ke peringkat kumpulan malah merupakan pendatang baru dalam kancah Liga Juara-Juara AFC (ACL).

1. FOKUS

Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan E, kelab ini telah berjaya mengikat Shandong Luneng Taisan FC, kelab gergasi Chinese Super League di gelanggang sendiri dengan keputusan 2-2. Namun perkara itu tidak menghakis semangat barisan jurulatih dan pemain Harimau Selatan untuk membuat kejutan lantas mengutip tiga mata berharga pada malam ini.

2. YAKIN

Sekembalinya JDT dari Jepun tempoh hari, barisan kejurulatihan fokus menambah baik segala operasional strategi juga taktikal. Para pemain pula dilihat tidak sabar merealisasikan aspirasi tiga mata penuh dan memburu kemenangan pertama di halaman sendiri. Suasana harmoni setiap sesi latihan juga jelas menunjukkan bahawa keseluruhan kem Harimau Selatan berada pada situasi tidak tertekan malah yakin untuk beraksi dengan baik dalam mengimplementasikan misi mustahil menjadi misi yang tidak mustahil.

3. POSITIF

Pada perlawanan hari ini, JDT tidak terlampau memandang tinggi dan terlalu hormat kepada pasukan pelawat. Perkara ini telah terbukti ketika perlawanan pertama di Kota Kashima, Jepun apabila sikap optimis menjadi elemen utama dalam memberi saingan. Maka dengan itu, segala impresionistik atau tanggapan yang negatif perlu disingkirkan. Pada situasi terkini, secara realistiknya JDT mempunyai lebih kelebihan berbanding kelab tersebut.

4. SOKONGAN PADU

Beraksi di halaman sendiri dan dihadapan ribuan penyokong Merah Biru menyerlah keterampilan Harimau Selatan. Sokongan padu penyokong menjadi pendorong merealisasikan matlamat. Ia juga menjadi faktor utama dalam menambah tahap efikasi diri seluruh pengurusan , jurulatih dan pemain bila mana berdepan kelab-kelab hebat Asia ini.

Penyokong pula perlu memperkasakan rasa percaya kepada pasukan. Jangan terlalu menghiraukan delusi negatif atau kata-kata toksid yang meracuni keyakinan diri. Sokonglah dengan sehabis baik, dan jangan ragu-ragu.

Akhir kata, sebuah impian akan menjadi kenyataan bukan kerana keajaiban, tetapi kerana usaha dan keyakinan diri. Maka dengan kesedaran itu, seluruh keluarga ini perlu saling menyokong dalam menjadikan impian kepada matlamat pada malam ini.

Berjuanglah Merah Biruku! Jangan gusar, para penyokong akan sentiasa mengiringi pejuangan Harimau Selatan sepanjang 90 minit perlawanan.

Johor! Jangan ragu-ragu cinta kami sayang!

Sumber artikel: Media JST

LIVE STREAMING JDT VS GYEONGNAM FC 12.3.2019

 

tekan f5 jika live berhenti

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: jdt, live streaming jdt vs gyeongnam fc 12 mac 2019, live streaming jdt vs gyeongnam fc 12.3.2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in