• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 03 2020

Liridon sudah dapat Mykad Biru, tunggu Lampu hijau dari FIFA

Share this on WhatsApp

liridon krasniqi

Beri baik untuk penyokong tegar harimau malaya. Ini kerana pemain tengah berasal dari Kosovo, Liridon Krasniqi sah menjadi warganegara Malaysia setelah menerima MyKad berwarna biru di Putrajaya, pada hari ini.

Ini bermakna pemain tengah berusia 28 tahun yang juga merupakan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya selangkah sahaja lagi sebelum dibenarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya.

Perkembangan tersebut diumumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini dengan menyifatkan ia sebagai satu kejayaan dalam usaha memperkasakan skuad kebangsaan, menerusi program pengambilan pemain naturalisasi.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata pemain yang berasal dari Kosovo itu sah menjadi warganegara Malaysia, selepas menerima kad pengenalan (MyKad) di Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, hari ini.

Menurutnya, Liridon, 28, bakal mengikut jejak langkah pemain naturalisasi pertama negara Mohamadou Sumareh beraksi bersama skuad kebangsaan, namun kini hanya perlu menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

 

“FAM dengan rasa berbesar hati ingin memaklumkan bahawa Liridon telah sah memperoleh kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian selepas beliau menerima kad pengenalan MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya, sebentar tadi.

“Dengan memperoleh MyKad dan bergelar warganegara Malaysia, Liridon yang genap berusia 28 tahun pada 1 Januari 2020 kini selangkah sahaja lagi untuk layak menyarung jersi skuad kebangsaan, Harimau Malaya selaku pemain naturalisasi iaitu hanya menunggu kelulusan akhir daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).” kata Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan rasmi.

Sekiranya dibenarkan oleh FIFA, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don akan menjadi pemain naturalisasi Harimau Malaya kedua selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

“FAM akan menghantar segera dokumen terbaharu berkaitan kelulusan dan pengesahan Liridon sebagai warganegara Malaysia ini kepada FIFA bagi melengkapkan proses dokumentasi yang diperlukan.

“Diharap kehadiran Liridon sebagai pemain naturalisasi kedua selepas Mohamadou Sumareh dalam skuad Harimau Malaya nanti akan dapat memperkasakan lagi pasukan.” jelas Stuart lagi yang berharap kehadiran Liridon dapat memberikan nilai tambah kepada ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mengaharungi saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

“FAM juga ingin sekali lagi berterima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin serta para pegawai dari Kementerian Dalam Negeri yang telah banyak membantu sepanjang proses untuk Liridon mendapatkan taraf kewarganegaraan Malaysia melalui penaturalisasian ini.” tambah Stuart lagi.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: liridon bakal sarung jersi harimau malaya, Liridon sudah dapat Mykad Biru, tunggu Lampu hijau dari FIFA

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d