• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Dec 10 2017

Lima sebab United boleh atasi City di Old Trafford

EPL, epl logo, BPL logo,

MANCHESTER: Pertembungan musuh setempat Manchester kali ke-175 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pasti menarik dengan United sudah tentu mahu mempertahankan rekod bersih 40 perlawanan tanpa tewas di halaman sendiri apabila berdepan City, tengah malam ini.

Buat skuad kendalian Pep Guardiola, kemenangan di Old Trafford bukan saja mampu mengukuhkan kedudukan mereka selaku pendahulu liga dengan jurang 11 mata, malah turut membabitkan soal reputasi yang mahu dipertahankan.

Berikut lima sebab mengapa United boleh memenangi aksi musuh setempat Manchester di Old Trafford, tengah malam ini.

1. ADAKAH JOSE MOURINHO AKAN MEMILIH TAKTIKAL PARKING BAS ATAU BERTAHAN DI DEPAN PENYOKONG SENDIRI?

Pengurus United, Jose Mourinho dikritik hebat oleh penyokong sebelum ini kerana menggunakan corak permainan negatif (bertahan) ketika berdepan Liverpool di Anfield Oktober lalu yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat. Sistem sama diulangi United ketika menang 3-1 ke atas Arsenal di Stadium Emirates apabila bertahan sepanjang aksi dan sesekali melakukan serangan balas dengan penjaga golnya, David de Gea beraksi cukup cemerlang menafikan segala percubaan berbahaya tuan rumah. Maka, tidak mustahil taktikal sama akan digunakan Mourinho.

PENJAGA gol utama Manchester United, David de Gea beraksi cemerlang ketika menentang Arsenal pada 2 Disember lalu sekali lagi menjadi pilihan Mourinho berdepan Man City. – Foto AFP

2. UNITED MEMILIKI PEMAIN SAYAP PANTAS DAN LICIK

Dua pemain sayap di bahagian kanan dan kiri iaitu Antonio Valencia dan Ashley Young pastinya akan memeningkan kepala Guardiola untuk menghalang pergerakan dua tonggak lincah itu yang terkenal dengan larian pantas dan hantaran lintang mengelirukan.

3. TAKTIK KAWALAN KETAT PEMAIN UNITED SERING MENJADI

Persembahan United musim ini nyata berbeza apabila menggunakan pendekatan kawalan ketat ke atas setiap pemain berbanding kawalan zon sebelum ini. Mereka cukup berdisiplin sebagai satu unit dan sering membantu ketika menyerang mahupun bertahan. Sudah tentunya dengan corak sebegini akan mengundang masalah buat pemain City yang gemar bermain hantaran pendek sekali gus sukar untuk mereka menembusi benteng tuan rumah.

4. FAKTOR TONGGAK TENGAH BERTAHAN NEMANJA MATIC

Sejak Matic menyertai United musim ini, posisi tengah dilihat lebih mantap dengan pemain tinggi lampai itu berjaya memainkan peranannya mengganggu gerakan lawan khususnya di bahagian tengah. Justeru, sentuhan Matic sekali lagi diharapkan untuk mematahkan idea dan visi David Silva, Leroy Sane, Raheem Sterling dan Kevin De Bruyne.

5. KEPULANGAN SEMULA ZLATAN IBRAHIMOVIC MENAMBAH SENGAT UNITED SELAIN ROMELU LUKAKU

Lukaku hampir pasti akan diturunkan untuk mengetuai jentera depan United. Biarpun pemain kebangsaan Belgium itu dilihat agak bergelut ketika ini, Mourinho tetap percaya dengan kebolehan penyerang itu. Seandainya dia dikeluarkan, United masih memiliki Ibrahimovic yang mempunyai sentuhan pemusnah berbisa dan boleh mengundang bahaya jika tidak dikawal. – Reuters

REKOD PERTEMUAN

Manchester United lwn Manchester City

10 perlawanan terakhir

Man City 0-0 Man United (Liga Perdana Inggeris, April 2017)

Man United 1-0 Man City (Piala Liga, Oktober 2016)

Man United 1-2 Man City (Liga Perdana Inggeris, September 2016)

Man City 0-1 Man United (Liga Perdana Inggeris, Mac 2016)

Man United 0-0 Man City (Liga Perdana Inggeris, Oktober 2015)

Man United 4-2 Man City (Liga Perdana Inggeris, April 2015)

Man City 1-0 Man United (Liga Perdana Inggeris, November 2014)

Man United 0-3 Man City (Liga Perdana Inggeris, Mac 2014)

Man City 4-1 Man United (Liga Perdana Inggeris, September 2013)

Man United 1-2 Man City (Liga Perdana Inggeris, April 2013)

Written by mrjdt · Categorized: EPL · Tagged: manchester united vs manchester city 11.9.2017

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in