• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 29 2021

Kita Akan Cari Pengganti Brendan Gan” – Tan Cheng Hoe

Share this on WhatsApp

brendan ngan

Ketua Jurulatih pasukan negara, Tan Cheng Hoe tidak gusar walaupun pasukan bimbingannya akan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 3 Jun ini tanpa kelibat pemain berpengaruh, Brendan Gan. Brendan Gan yang sebelum ini menjadi watak utama dalam mendapatkan mata menentang Thailand, dan Indonesia pada perlawanan yang lepas. Beliau terlepas untuk beraksi pada perlawanan menentang UAE setelah mendapat kad kuning. Jumlah kad yang dikutip sebelum ini satu, jadi dah dua kad kuning. Kena gantung satu perlawanan.

Calon sesuai, mungkin siapa? 

Beliau berkata, pasukan negara memiliki banyak pilihan pemain yang berkualiti seperti Liridon Krasniqi, Nor Azam Azih dan Nazmi Faiz Mansor.

Mereka ini akan mengisi kekosongan di bahagian tengah yang ditinggalkan Brendan Gan.

“Memang dengan UAE dia (Brendan Gan) tak dapat bermain, kita kena cari pengganti nanti,” jelas Cheng Hoe pada sidang media yang dilangsungkan secara maya, semalam.

“Kita ada mencuba beberapa pemain pilihan untuk mengganti Brendan. Kita nampak macam Nazmi, Danial Amier Norhisham selain beberapa pilihan lain seperti Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Azih.”

“Selain itu kita juga mengharapkan Liridon nanti dapat dipanggil. Kita harap dapat mengatasi masalah di posisi pemain tengah ini.”

Brendan Gan sebelum ini dilayangkan kad kuning kedua selepas dua perlawanan semasa menentang UAE di Kuala Lumpur sekaligus digantung satu perlawanan (mentang UAE di tempat lawan).

Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe yang  sedang berlatih bersama di Pusat Latihan kelab Johor Darul Ta’zim, Johor Bahru sudahpun habis latihan semalam. Sepatutnya 9 hari , tetapi memandangkan tengok semua ok takda masalah. Bagi lepas awal untuk persediaan liga super dan masing-masing punya kotmitmen.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: brendan ngan tidak dapat beraksi jumpa dengan UAE, Kita Akan Cari Pengganti Brendan Gan” – Tan Cheng Hoe, siapa yang bakal menggantikan posisi brendan ngan, siapa yang layak ganti brendan gan piala dunia vs UAE 2021

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d