Biarpun sudah membuat sop dan juga beberapa kertas kerja kepada badan kerajaan untuk meneruskan liga super bagi edisi 2020 ini, namun hari ini kita sudah dapat jawapan yang negatif dari kementerian dalam negeri, Datuk Seri Ismail Sabri.
Kita kena terima sebab ianya akan banyak perkara yang akan berlaku. So kita tak tahu kebangkalian untuk tular semula sebab main bola nih akan bercampur juga kan. Bergasak semua tuh, so akan datang macam mana, kesannya kita tak tahu. Ikuti apa kata Datuk Seri Ismail Sabri kenyataannya tadi.
KUALA LUMPUR: Hasrat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menyambung saingan Liga Malaysia (Liga M) lebur selepas saingan domestik itu perlu dibatalkan susulan ‘kad merah’ daripada kerajaan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengesahkan sebarang perhimpunan beramai-ramai termasuklah aksi bola sepak tetap tidak dibenarkan sekalipun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
“Bola (sepak) tidak boleh main secara berseorangan dan mesti ada pasukan. Kalau dua pasukan, sudah lebih ada 22 dua orang di atas padang.
“Bola (sepak) tidak seperti badminton di mana sebelah sana (pemain) tidak bertemu dengan sebelah sini. (Bola sepak) mungkin berlaku sentuhan secara fizikal antara satu sama lain.
“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP), tentu sahaja kita tidak boleh benarkan pertandingan bola sepak diadakan walaupun selepas PKP sekalipun,” katanya pada sidang media berhubung pelaksanaan PKP, hari ini.
Dalam masa sama, Ismail menjelaskan beberapa SOP baharu akan diperkenalkan selepas ini apabila tempoh PKP ditamatkan.
“Kalau PKP ditamatkan hari ini misalnya, esok tidak bermakna rakyat boleh terus bergerak bebas seperti hari sebelumnya. Tentu sahaja ada SOP lagi yang akan kita perkenalkan dan perlu dipatuhi.
“Sebagai contoh, kita sebutkan bahawa perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan dan ia adalah perkara yang akan terus kita kekalkan selepas PKP tamat. Jadi kita tidak benarkan lagilah setakat ini.
“Cuma berapa lama tempoh SOP itu akan kekal, kita akan umumkan kerana sekarang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang sediakan SOP selepas PKP tamat,” katanya.
[Video] Saingan Liga Malaysia masih ditangguhkan – Menteri Kanan @IsmailSabri60#covid19#DudukDiRumah#PerintahKawalanPergerakanDiperketatkan pic.twitter.com/FrgMproqUX
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 25, 2020