Jammed untuk beberapa bulan nih, apabila liga super tak berjalan macam biasa. Yela kita masih lagi mood pkp dengan bulan ramadhan yang mulia ini. Kita jangka mungkin akan start liga super lepas rayalah. Tetapi ada beberapa sop yang kena ikut apabila menteri dalam negeri dah bagi hint green light yang tak berapa light. Masih samar-samar sebenarnya.
KUALA LUMPUR: Saingan Liga Malaysia (Liga M) tampak boleh ‘diselamatkan’ pada tahun ini, namun hanya selepas melalui ‘tempoh bertenang’ sekurang-kurangnya selama empat bulan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan pihaknya sedia untuk meneliti cadangan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang berhasrat untuk meneruskan saingan Liga M selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Bagaimanapun, ia masih bergantung kepada tarikh pertandingan itu dilangsungkan memandangkan kerajaan tidak mahu ia bermula terlalu dekat dengan tarikh PKP berakhir nanti terutama apabila Prosedur Operasi Standard (SOP) selepas PKP akan tetap diteruskan.
“Perhimpunan dan sukan berkumpulan mungkin tidak dibenarkan tetapi kita tengok tarikhnya. Saya difahamkan pertandingan akan bermula pada Jun tetapi saya kira ia terlalu rapat kalaupun PKP ditamatkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan.
“Mungkin terlalu awal untuk kita benarkan. Katakan PKP tamat pada Jun dan pertandingan pada Oktober atau November dengan SOP seperti yang disebutkan iaitu tanpa penyokong dan sebagainya, mungkin kita boleh lihat dan pertimbangkan.
“Tetapi nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih diperlukan. Selepas kita dapat cadangan FAM atau Kementerian Belia dan Sukan (KBS), kita akan teliti perkara ini,” katanya pada sidang media harian, hari ini.
Kita harap liga super untuk tahun ini jangan dibatalkan. Sebab banyak orang akan hilang kerja. So harap kerajaan dapat pertimbangkan dan teliti apa sop dari pihak badan FAM itu sendiri macam mana untuk elakkan cluster baru dalam liga super 2020 ini nanti. Mungkin akan mula bulan julai atau ogos tahun ini paling cepat kalau tiada apa-apa masalah yang berlaku.
