• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Jun 19 2020

Keputusan undian bawah 19 tahun, malaysia kumpulan D 2020

Share this on WhatsApp

afc u19, afc,

 

DUA pasukan ‘pak arab’ bakal menjadi halangan buat skuad bawah 19 (B-19) tahun negara apabila diletakkan dalam Kumpulan D Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Uzbekistan, dari 14 hingga 31 Oktober depan.

Pasukan berkenaan adalah bekas juara pada 2014 iaitu Qatar serta Yaman, manakala Tajisktan turut mengintai peluang untuk melepasi kumpulan itu.

Bagaimanapun daripada tiga pencabar itu, hanya Qatar dilihat berada pada kelas tersendiri dengan membariskan barisan pemain remaja daripada akademi terkenal dunia iaitu Akademi Aspire di Doha, Qatar.

Manakala Tajikistan dan Yaman boleh dianggap lawan setara di mana rekod edisi sama dua tahun lalu menyaksikan skuad B-19 negara kendalian Bojan Hodak berjaya mengikat Tajikistan 2-2 dalam peringkat kumpulan.

Ia sekali gus memberi sedikit keyakinan untuk pasukan cuba menamatkan kedudukan di tangga kedua Kumpulan D dan mara ke suku akhir.

Untuk rekod, skuad negara mara ke pusingan akhir selepas muncul juara Kumpulan G pada peringkat kelayakan yang berlangsung hujung tahun lalu.

Pada kelayakan itu, skuad negara yang diketuai penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menyapu bersih 12 mata dalam empat aksi termasuk menundukkan Thailand yang terpaksa berputih mata tidak layak kali ini.

Berdasarkan format pertandingan, empat pasukan terbaik yang mara ke separuh akhir bakal meraih tiket automatik ke saingan Piala Dunia B-20 di Indonesia, tahun depan.

Skuad negara dijangka menjalani latihan seawal bulan depan sebelum diterbangkan ke Asia Tengah untuk beberapa minggu bagi membiasakan pasukan dengan cuaca sejuk di Uzbekistan nanti.

KEPUTUSAN UNDIAN:

Kumpulan A: Uzbekistan [TR], Indonesia, Kemboja, Iran

Kumpulan B: Korea Selatan, Jepun, Iraq, Bahrain

Kumpulan C: Arab Saudi, Australia, Vietnam, Laos

Kumpulan D: Qatar, Malaysia, Yaman, Tajikistan

 

  • TR- Tuan rumah.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala afc · Tagged: Keputusan undian bawah 19 tahun, malaysia kumpulan D 2020, malaysia kumpulan D afc u19 2020

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d