Perlawanan liga super malam tadi 6 games. Secara keseluruhannya permainan memberikan kotmitmen yang baik. Semakin sengit sebenarnya pasukan pertama dan kedua, iaitu jdt dan felda united. 3 hari perlawanan selang satu game agak memeritkan sebenarnya. Kita mengharapkan untuk akan datang, jadual perlu lebih realistik dan kena atur lebih teliti dan tengok jadual pasukan yang ada terlibat dengan piala afc ke, piala yang lain manalah tahu kan. So keputusan perlawanan malam tadi :
PERAK 1-0 PDRM
KELANTAN 1-1 FELDA UNITED
SELANGOR 0-1 T-TEAM
TERENGGANU 1-2 SARAWAK
PAHANG 0-1 KEDAH
JDT 1-1 PENANG.
Sedikit ulasan perlawanan.
Perak mengalahkan pdrm 1-0 dan mengutip 3 mata penuh mengukuhkan kedudukan yang kelima. Kelantan jatuh satu tangga apabila hanya sekadar seri 1-1 dengan felda united. Ikutkan peluang memang banyak dari kelantan, tapi beberapa percubaan yang terhidang banyak terlepas begitu sahaja. Apepun, coach irfan bakti begitu rileks dan steady jer. Dia yakin dia akan meneruskan perjuangan mengejar mata dari pasukan jdt , memandangkan lepas nih jdt vs perak di stadium ipoh perak, sudah tentunya jdt agak tertekan nanti.
Prestasi selangor apa sudah jadi lagi?? Agak merudum tewas dengan t-team. Terengganu juga prestasi semakin teruk 4 kali game semua kalah jer nih. Pahang pun semakin teruk, kalah tipis dengan kedah. Adakah pahang akan turun ke liga premier tahun depan?? huhu.
JDT vs Penang.
Nampaknya jdt gagal mendapat tiga mata penuh, permainanan jadi agak kelam kabut ketiadaan shafiq rahim. Apa agaknya percaturan mario gomez kali ini?? JDT perlu tingkatkan usaha. Semoga berjaya.
Kedudukan terkini carta liga super 2016.
JDT masih tangga pertama, memandangkan felda united pun seri dengan kelantan. Kalau felda memang, jdt masih tangga pertama, tetapi jaringan jadi pemisah. Semakin sengit nampaknya. Hari sabtu nih nampaknya jdt semakin tertekan. Lawan dengan team yang semakin hebat, sudah tentunya jdt harus menggandakan usaha. All the best.