Tiga perlawanan liga super pada malam ini, 9 februari 2019 hari sabtu. JDT vs Kuala Lumpur dan Perak vs Kedah dah settle semalam so, keputusan perlawanan hari ini :
PAHANG 3-0 TERENGGANU
Senarai Penjaring:
- Dikcson Nwakaeme 12″
- Herold Goulon 51″
- Norsahrul Idlan Talaha 90″
PETALING JAYA CITY 1-1 SELANGOR
Senarai penjaring :
- Pedro Henrique 80″ Penalti
- Rufino Segovia del Burgo 89″ Penalti
PKNS 0-1 MELAKA
Senarai penjaring :
- Shafiq Rahim 24″ Penalti.
Pahang terus mengganas nampaknya. Tiada masalah untuk menewaskan pasukan terengganu yang dilihat pencabar terdekat liga super kali ini. Namun serangan berbisa dari pasukan pahang lebih jitu. Dengan kawalan lebih ketat pasukan pahang menyukarkan skuad irfan bakti mencuri peluang yang ada.
Petaling Jaya kutip mata pertama, setelah perlawanan pertama tewas 1-2 keatas melaka, kali ini seri pula dengan selangor. Selangor belum ada menang dan kalah buat masa ini. Seri dua kali.
PKNS tewas dengan melaka united 0-1 . Nampaknya melaka cuba mengintai kedudukan pertama dalam diam. tetapi sekarang tangga ketiga. Dua kali menang,
KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER SETAKAT INI.
Pahang mengungguli semula carta liga super , dengan kelebihan satu gol berbanding jdt. Sama mata tiga pasukan, iaitu PAHANG, MELAKA , dan JDT. 6 MATA , diikuti oleh pasukan kedah 4 mata, satu menang satu seri. Dan pasukan selangor tangga ke 5 2 kali seri. Dua pasukan masih lagi pending, felda united vs pknp.
Kuala lumpur masih belum menang, seri pun belum.