Keputusan penuh liga super dalam perlawanan yang kedua liga super malaysia 2017. Masih lagi terlalu awal pasukan manakah yang akan mendominasi liga ini. Jurang mata masih dekat sangat, mata sama , jaringan jadi pemisah. Jom kita tengok keputusan perlawanan yang berlangsung hari ini.
SELANGOR 1-1 MELAKA UNITED
KEDAH 3-2 SARAWAK
PENANG 0-1 PERAK
JDT 3-1 FELDA UNITED
KELANTAN 3-1 PKNS
PAHANG 5-0 T-TEAM
Selangor hanya mampu seri dengan melaka united. Manakala kedah, membuat comeback sebelum menang tipis keatas sarawak. Perak menang tipis juga keatas penang. JDT menang 3-1 , agak struggle separuh masa pertama. Separuh masa kedua, apabila pemain felda united dilayangkan kad merah, baru lah jdt dari mencari rentak gol. Kelantan mula nampak pasukan ini adalah hebat juga, menewaskan pkns dengan 3-1. Jaringan 2 gol dari pemain legend import pernah menyarung pasukan ini ketika dulu, muhammad Ghaddar dan satu gol dari badri mohd radzi.
Pasukan pahang betul-betul pulun 5 gol menewaskan pasukan dari t-team kendalian darmawan. Pasukan pahang, coach dollah salleh bukan coach yang calang-calang beb. Dia banyak pengalaman, dan sentiasa kreatif tukar taktikal. Melonjak tangga pertama sekarang ini. Berkongsi mata dengan 5 pasukan, dibezakan dengan jaringan lebih dari pasukan pahang.
Kedudukan terkini carta liga super setakat ini.
Pahang tangga pertama, diikuti dengan JDT, Selangor, Kedah dan Perak.