• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Feb 03 2019

Keputusan Penuh Liga super 2.2.2019

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Keputusan perlawanan liga super 2019 yang berlangsung semalam. Tiga perlawanan, iaitu JDT VS PERAK, MELAKA UNITED VS PETALING JAYA FC, PKNP VS KEDAH . Jom kita tengok keputusan perlawanan.

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN LIGA SUPER 2.2.2019 

1.JDT 1-0 PERAK

Jaringan oleh.
Cabrera 40″

2.MELAKA 2-1 PETALING FC

Jaringan oleh :

Liridon Krasniqi 39″
Casagrande 44″
Ramaloo B.58″

3.PKNP 0-2 KEDAH

Jaringan oleh:

Hamzah S. 66″
Bauman J.86″

SEDIKIT ULASAN RINGKAS PERLAWANAN. 

JDT 1-0 PERAK 

JDT memulakan kempen musim baru Liga Malaysia dengan langkah kanan selepas berjaya meraih Piala Haji Sultan Ahmad Shah dengan menewaskan pasukan Perak 1 – 0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos,Larkin,Johor.


Gol tunggal Gozalo Cabrera pada minit ke 41 cukup untuk memastikan JDT meraih 3 mata pertama dan sekaligus meraih kejuaraan Charity Shield Liga Malaysia semalam. Banyak benda dipertikaikan pengadil malam semalam. Apepun, 
Tahniah di ucapkan buat Skuad JDT.

Melaka united 2-1 PETALING FC. 

Pasukan melaka united tiada masalah untuk mendapatkan tiga mata pertama bertemu dengan pasukan petaling. Pendatang baharu Unifi Liga Super, dengan jaringan 2-1Liridon Krasniqi  membuka jaringan dengan sepakan menarik pada minit ke-35.

Penyerang Brazil, Anselmo Arruda Casagrande Da Silva turut mencatat nama sebagai penjaring pada minit ke-43 untuk Melaka United selesa pada aksi separuh masa pertama.

Skuad K. Devan merubah rentak permainan dengan melakukan asakan bertali arus ke kubu Melaka United pada separuh masa kedua. Hasil usaha berterusan, Barathkumar Ramaloo akhirnya berjaya membolosi gol Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-57. Pelawat juga berjaya melakukan beberapa percubaan yang meresahkan lebih tujuh ribu penyokong tuan rumah. Namun Melaka United berjaya mengekalkan kelebihan gol sehingga wisel penamat.

PKNP 2-0 KEDAH. 

FT : Kedah membuka tirai kalendar liga pasukan dengan baik setelah berjaya meraih kemenangan pertama menewaskan pasukan PKNP FC dengan jaringan dua gol tanpa balas.

Gol pasukan Kedah dijaringkan oleh Shakir Hamzah pada minit ke-66 dan Jonathan Bauman pada minit ke-86 permainan.

Aksi pembuka tirai yang amat positif bagi pasukan Kedah dalam mencari rentak permainan sebagai pasukan yang baru dibentuk semula.

KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER SETAKAT INI 2.2.2019

KEPUTUSAN LIGA SUPER 2.2.2019,

Dengan keputusan malam semalam, pahang masih menduduki tangga pertama, diikuti dengan pasukan kedah, melaka united tangga ke3, jdt tangga ke 4.

Masih terlalu awal untuk membuat penilaian dalam perlawanan pertama kali ini.

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 2 feb 2019, keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 2 februari 2019, keputusan jdt vs perak 2.2.2019, keputusan liga super 2.2.2019, keputusan melaka united vs petaling jaya 2.2.2019, keputusan penuh liga super 2 feb 2019, keputusan pknp vs kedah 2.2.2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d