• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 01 2019

Keputusan PENUH dan CARTA TERKINI liga super 1.3.2019

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Keputusan perlawanan liga super yang berlangsung hari ini 1 mac 2019. Kita ada dua perlawanan sahaja. Esok kita ada tiga perlawanan. Hari ini pasukan jdt vs selangor dan terengganu vs perak. Satu perlawanan tiga mata, satu perlawanan masing-masing membawa pulang satu mata.

KEPUTUSAN PENUH LIGA SUPER 1 MAC 2019

SELANGOR 2-4 JDT

Jaringan oleh :

  • Leandro Velazquez 7″ 68″
  • Diogo 13″
  • Endrick dos Santos Parafita 33″
  • Cabrera 41″
  • Rufino Segovia del Burgo 45″

 

TERENGGANU 1-1 PERAK.

  • Wander Luiz 71″
  • Lee Tuck 88″ (penalty).

Selangor tewas 2-4 dengan JDT.  

Sukar untuk pasukan selangor menewaskan jdt untuk musim kali ini. Biarpun bermain ditempat sendiri, namun pasukan selangor kurang bernasib baik untuk mendapatkan gol penyamaan sekurang-kurangnya. Namun 6 gol terhasil pada perlawanan malam tadi, pasukan jdt lebih banyak menguasai perlawanan. Selangor pun tidak kurang hebatnya, cuma percubaan merbahaya berjaya diselamatkan oleh farizal marlias.

2 gol berjaya menewaskan farizal marlias. So disini kita lihat banyak kelemahan yang harus jdt atasi pasukan sebab marking yang lemah menyebabkan pasukan selangor membuat serangan. 2 gol awal oleh jdt Pada separuh masa pertama berjaya menghasilkan tiga gol. Selangor juga mendapat 2 gol. Separuh masa pertama.

Beberapa percubaan menarik dan gerakan yang bijak oleh pasukan jdt menyebabkan pasukan selangor bolos 3 diseparuh masa pertama. Gol dari Leandro tuh hasil dari bola muntah, dan dia tidak dijaga dengan betul menyebabkan gol pertama jdt pada awal minit ke 7. Kemudian gol kedua jdt pada minit ke 13 hasil gerakan yang cantik dari carbin Ong kepada Diogo memudahkan gelecek bola dah terus gol.

Pasukan selangor tidak berputus asa.

Biarpun ketinggalan 0-2. Namun pasukan selangor optimis menyerap tekanan, membawa dua gol pada separuh masa pertama dengan jaringan yang cantik dari Endrick dos sepakan luar dari petak penalti gol pos yang cantik. Namun Cabrera, menyebabkan pasukan selangor lebih tertekan apabila menjaringkan gol ketiga. Sebelum masa tamat, rufino mengurangkan defisit gol dari gerakan yang cantik lintang dan tanduk masuk gawang gol. Selangor mengejar 2-3 ketika itu.

Separuh masa kedua.

Tiada apa yang menarik , pasukan selangor tidak berjaya menjaringkan gol , namun jdt menjaringkan satu gol lagi dari Leandro.

Pasukan Terengganu 1-1 Perak.

Pasukan terengganu nyaris tewas dengan perak, Namun mujurlah pasukan terengganu mendapat sepakan penalti. Pasukan perak  kempunan lagi nak dapat tiga mata penuh. Tiga seri. Terengganu dua seri , satu menang.

KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER SETAKAT INI 1.3.2019. 

keputusan liga super 1.3.2019

Kita ada pendahulu liga super setakat ini. JDT memintas pasukan kedah malam ini. Dengan kelebihan 3 mata, mungkin kedah terpaksa struggle esok menentang pasukan PKNS yang semakin hebat juga musim ini.

Kedah tangga kedua, diikuti dengan pahang tangga ke tiga. PKNS tangga ke 4. Pasukan yang belum tewas setakat ini ialah JDT, KEDAH dan PAHANG.

PKNP dan Kuala lumpur berada ditangga ke 11 dan 12. Di zon penyingkiran pastinya ada keresahan buat pasukan ini. So perlawanan esok ialah :

 

  • KEDAH VS PKNS
  • PKNP VS PAHANG
  • FELDA UNITED VS PETALING JAYA FC.

Sekian dari meja sukan…

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: carta liga super 2019, keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 1.3.2019, keputusan dan kedudukan terkini liga super 1.3.2019, keputusan liga super 1.3.2.2019, keputusan penuh selangor vs jdt 1.3.2019, keputusan terengganu vs perak 1.3.2019, ulasan jdt vs selangor 1.3.2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d