Semalam cuma ada satu perlawanan iaitu pahang vs kedah. Keputusan tiga mata penuh buat pahang apabila menewaskan pasukan kedah 1-0 di stadium darul aman, kedah. Lawan yang cukup hebat malam semalam. Banyak juga percubaan merbahaya.
PAHANG 1-0 KEDAH
jaringan oleh :
Zuhair Aizat 85″
Secara keseluruhannya pasukan pahang lebih mendominasi perlawanan. Namun beberapa asakan dari pasukan kedah tidak kurang hebatnya. Pasukan pahang lebih mengasak pada separuh masa pertama. Hinggalah dapat sepakan penalti dari mat yo. Tetapi gagal disempurnakan dengan baik. Matyo memang perit dalam hal penalti nih. Sepatutnya bagilah orang lain.
Apepun separuh masa pertama berakhir dengan 0-0 tanpa jaringan. Separuh masa kedua, serangan bertali arus dari pasukan pahang mencari gol kemenangan herbasil pada minit ke 85 apabila serangan dari sebelah kiri. Sepakan kencang dari Zuhair Aizat terkena pemain pertahanan, menyukarkan irwat meneka dimana bola itu dan masuk ke gawang kedah. Diminit-minit masa tambahan, pasukan pahang nyaris dapatkan lagi satu gol peluang keemasan dibawa dari sebelah kanan, dickson sudah memperdaya pertahanan kedah, namun apabila assist yang dibagi itu tidak disempurkan dengan baik. Better Dickson sorang jer tuh boleh sumbat gol rasanya.
Dengan kemenangan perlawanan ini, pasukan pahang terus di persada liga buat masa ini Dengan 15 mata berbanding jdt 13 mata, kedah 11 mata. Rekod tanpa kalah masih lagi dipegang oleh Pahang dan JDT sahaja buat masa ini. Kedah sudah lebur.
KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER 8.3.2019.
Hari ini ada 4 perlawanan, so baru kita tahu macam mana kedudukan yang lebih drastik akan berlaku barangkali malam ini? jdt mampu untuk kejar semula??