• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 02 2019

Keputusan dan Kedudukan terkini carta liga super 2.3.2019

Share this on WhatsApp

penalti

Tiga perlawanan yang berlangsung dalam liga super hari ini. PKNP vs Pahang, Kedah vs PKNS dan Felda united vs Petaling jaya fc.

Keputusan perlawanan adalah seperti berikut.

FELDA UNITED 1-0 PETALING JAYA FC

Jaringan oleh :

  • Kei Ikeda 29″ (Penalti)

KEDAH 0-0 PKNS

PKNP 0-3 PAHANG

  • Ze Eduardo 2″
  • Dickson Nwakaeme 50″
  • Nor shahrul Idlan Talaha 73″

Felda united mendapat tiga mata, bermakna kemenangan pertama untuk liga super setakat ini 2019. Itupun dapat dari penalti, disempurnakan oleh pemain import dari Jepun Kei Ikeda.

Kedah 0-0 PKNS. 

Nampaknya pasukan kedah terpaksa menggigit jari apabila hanya sekadar mencatat seri bertemu dengan pkns di tempat sendiri. Bukan mudah tuh. Namun pasukan ini dilihat seimbang perlawanannnya. Nasib tak menyebelahi pasukan masing-masing buntu mencari gol. Dengan ini pasukan kedah terus jatuh ke tangga no3. Masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah. Cuma untuk kekal di tangga pertama , sudah tak bolehlah, dipintas jdt. 2-3 minggu takhta dirampas kembali oleh penyandang juara liga super, JDT.

PKNP dibelasah pahang 3-0.

Amukkan tok gajah di tempat lawan, nampaknya pasukan pahang sudah mula menampakkan taring yang sebenar bertemu pasukan PKNP. Biarpun kita tahu kemampuan pasukan PKNP untuk menentang pasukan tok gajah memang sukar. Seawal minit kedua, pasukan pahang sudah menampakkan gajah duduknya apabila menjaringkan gol pertama untuk pahang.

Gol kedua dari Dickson memang tidak boleh dinafikan. Selain pemain yang sudah semakin menyinar, Norshahrul Idlan talaha kembali bersinar menjaringkan gol ketiga buat skuad tok gajah. Pasukan pahang naik terus tangga kedua, mengejar jdt. Sama mata dengan kedah, namun kelebihan buat pahang dari jaringan.

KEDUDUKAN TERKINI CARTA LIGA SUPER 2.3.2019.

CARTA LIGA SUPER 2.3.2019

JDT terus unggul di tangga pertama, dibezakan dengan 2 mata diikuti dengan pahang , dan kedah yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini.

PKNS melonjak tangga ke 4. Ada cubaan untuk intai top 3 juga tuh. Melaka united tangga ke 5. esok game dengan Kuala Lumpur.

Amacam ?? Agak sengit top three tuh. Perjalanan masih jauh lagi. So belum nampak pasukan mana yang ada potensi pergi jauh dan pasukan yang akan jatuh ke liga perdana tahun hadapan. Haha

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: carta liga super 2019, keputusan dan kedudukan terkini carta liga super 2.3.2019, keputusan felda united vs petaling jaya fc 2.3.2019, keputusan pknp vs pahang 2.3.2019, keputusan pkns vs kedah liga super 2.3.2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d