Nasib kau baiklah dollah Salleh, tahun-tahun sudah pun kena. Ini kali kena lagi, tapi amaran lisan yang keras. Ini zaman canggih sekarang, bukan macam dulu-dulu lagi. Kebebasan media yang tidak terbatas sekarang ini boleh rewind balik, boleh tengok semula ulang tayang semua tuh dah senang. So, bukti dah jelas. Dollah salleh kena berhati-hati walaupun statement itu bukan rasmi tetapi sebab live kan. MEmang bukan diwawancara, tetapi apabila ramai telinga yang mendengar jelas, tak boleh nak nafikan.
Dollah Salleh Harus lega, dan jangan ulangi lagi.
KUALA LUMPUR: Pengendali Pahang, Dollah Salleh seharusnya lega apabila terlepas daripada sebarang tindakan meskipun ‘kantoi’ mengeluarkan kata-kata tidak sopan selepas berakhirnya aksi Liga Super menentang Melaka United, malam tadi. Taubat nasuha lah koi.
Ini kerana Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak bercadang membawa isu terbabit kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakan dilakukan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, namun beliau diberikan peringatan supaya tidak lagi berbuat demikian.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam menjelaskan Dollah mengeluarkan kenyataan itu secara tidak sengaja dan tidak menyedari perbuatannya dirakam sejurus tamat perlawanan yang menyaksikan skuad Tok Gajah seri 1-1 bertemu Melaka.
“Dollah mungkin kecewa kerana keputusan tidak seperti diharapkan dan insiden sepakan penalti itu berlaku sebelum perlawanan berakhir.
“Sekiranya kejadian itu berlaku lebih awal dalam permainan maka mungkin dia akan kurang beremosi pada akhir perlawanan.
“Kita perlu bersikap adil kepadanya di mana dia tidak bercakap dalam sidang media rasmi tetapi tidak bernasib baik kerana percakapannya dirakam ketika kamera sedang merakam suasana selepas tamat perlawanan.
“MFL tidak akan memanjangkan kes ini ke FAM namun peringatan akan diberikan memandangkan statusnya sebagai tokoh bola sepak tempatan dan mengingatkan bahawa perlawanan kini disiarkan secara langsung,” katanya.
Dalam masa sama, Kevin berharap insiden ini akan memberikan peringatan bukan sahaja kepada Dollah tetapi semua jurulatih khususnya pasukan dari Liga Super yang mana kesemua perlawanan kini disiarkan secara langsung menerusi platform iflix.
“Semua jurulatih perlu lebih berhati-hati dalam apa saja tindakan di dalam dan selepas perlawanan kerana kita tahu bola sepak adalah permainan membabitkan emosi.
“Kita akan lebih tegas selepas ini apabila semua pihak khususnya jurulatih sudah diberikan peringatan dan sedar implikasi yang bakal diterima,” katanya.
Kritik boleh, tapi biarlah melalui saluran yang betul dan menggunakan bahasa yang baik.
Psstt, masih terdengar lagi chant FAM Bangsat!!