6 kekalahan dan satu seri menjadikan pengendali UiTM FC, Frank Bernhardt menjadi jurulatih kedua dalam Liga Malaysia (Liga M) yang direhatkan.
Sebelum ini, Thomas Dooley direhatkan Sri Pahang selepas hanya sempat mengendali pasukan itu dalam dua perlawanan awal Liga Super selepas tewas 3-1 kepada Selangor dan last game tewas 2-3 dengan pasukan perak.
Nasib bekas pengendali skuad bawah 23 tahun negara itu, sudah direhatkan apabila ahli lembaga pengarah UiTM FC membuat mesyuarat dan bersetuju untuk merehatkan Frank buat seketika.
Jurulatih dari Jerman itu, mula membimbing skuad The Lion Troops pada 2020 yang menyaksikan pasukan itu mengakhiri saingan Liga Super musim lalu dikedudukan keenam dan disifatkan pencapaian terbaik untuk UiTM.