• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 10 2020

JDT lepas road block PDRM 1-0

Share this on WhatsApp

liga super, logo liga super, logo rasmi liga super 2016,

Itulah yang kita boleh katakan perlawanan pada malam semalam diantara pasukan JDT vs PDRM. Dapat 3 mata penuh, tetapi boleh dikatakan all out juga jdt cari gol kemenangan tuh.

KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipaksa bekerja keras sebelum menang tipis 1-0 ke atas PDRM dalam aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, sebentar tadi.

Taktikal PDRM yang lebih banyak buat roadblock, di hadapan gol hampir mengecewakan skuad Harimau Selatan itu sebelum kesilapan dalam tempoh enam minit terakhir menyaksikan tuan rumah dihukum dengan sepakan penalti yang disudahkan Diogo Santo. Sepakan penalti tak gol, tetapi follow up dari team yang cepat menghidu peluang, dan memberi peluang untuk Diogo menebus kesilapan dalam beberapa saat sahaja.

JDT tangga pertama, rekod tanpa kalah lagi!!

Dengan JDT terus mengekalkan momentum kemenangan, skuad ‘The Cops’ masih tercari-cari lagi mata untuk mengurangkan defisit negatif dua mata pada musim ini. Hutang dua mata lagi kena menang baru dapat satu mata.

Safawi masih cuti! 

Tanpa Safawi Rasid yang ‘direhatkan’, JDT tetap menguasai sebahagian besar permainan dan mencipta beberapa peluang pada babak pertama namun ia disia-siakan oleh pasukan pelawat daripada memperolehi gol pendahuluan.

Ketangkasan penjaga gol tuan rumah, See Tian Keat juga dilihat menjadi antara punca PDRM berjaya memastikan gawang mereka tidak dibolosi sepanjang tempoh 45 minit pertama sekali gus menyaksikan kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama.

Separuh masa kedua, asakan tanpa jemu. 

Tampil babak kedua dengan tekanan bagi memburu gol, JDT terus rancak memburu gol pertama namun kemasukan Gonzalo Cabrera dan Syafiq Ahmad pada babak kedua nyata belum mampu menembusi pertahanan ampuh PDRM.

Namun, Diogo memastikan mata penuh dibawa pulang apabila dia meledak gol kemenangan pada minit ke-84 walaupun pada mulanya sepakan penaltinya terkena tiang sekali gus memusnahkan impian skuad bimbingan Ishak Kunju Mohamad itu untuk berkongsi satu mata.

Perlawanan ke 4 bertemu dengan Felda united. 

Selepas ini, JDT akan kembali ke Johor Bahru untuk melayan kunjungan FELDA United di laman sendiri sementara PDRM akan bertemu satu lagi ‘pendatang baharu’, UiTM FC di Shah Alam. Esok melaka united akan bertemu dengan felda united, so coach mora boleh tengok perlawanan untuk kaji lawan sebelum hari perlawanan.

Share this:

  • Tweet
  • Reddit
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: JDT lepas road block PDRM 1-0, jdt tewaskan pdrm 1-0 liga super 2020, keputusan jdt vs pdrm liga super 10.3.2020, keputusan pdrm vs jdt 10 mac 2020

Reader Interactions

Trackbacks

  1. Keputusan terkini liga super 11 mac 2020 - THE JDT DOT COM says:
    March 12, 2020 at 2:02 am

    […] Baca juga: JDT VS PDRM […]

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d