Bukan mudah buat Kuala Lumpur city menewaskan pasukan JDT ditempat sendiri. Biarpun mereka pernah tewaskan JDT dalam pentas piala Malaysia 2021, menang 2-0, namun kali ini jdt lebih mantap dari segi pertahanan, dan juga penyerangnya. Biarpun ada beberapa percubaan merbahaya dari KL City dan hampir menjaringkan gol, namun ketangkasan penjaga gol jdt, Syihan dapat membaca pergerakan lawan.
Hong Wan dan Leandro Ledak Gol juarai piala fa 2023.
SEPARUH MASA PERTAMA.
Tiada jaringan dapat dihasilkan oleh kedua-dua pasukan. Kl city juga ada membuat kejutan, hampir menjaringkan gol pertama buat KL city, pada minit ke 15 selepas bola sepakan percuma yang diambil oleh Paulo Josue tiba di kaki Matko Zirdum namun, Syihan Hazmi nampak keadaan itu dan cepat menafikan percubaan itu.
KL City juga memperolehi peluang kedua untuk mendapatkan gol pada minit ke 35 tetapi malangnya rembatan T. Saravanan tersasar selepas menerima hantaran cantik daripada Romel Morales.
Separuh masa kedua, JDT LEBIH GARANG.
Hasrat Bergson Da Silva untuk mencatat nama sebagai penjaring malam ini tidak menjadi kenyataan apabila jaringannya pada minit ke 58 dibatalkan oleh pengadil garisan kerana berada dalam kedudukan ‘offside’. Tapi kalau ikutkan tak offside tuh, sebab Bergson follow up kedudukan dia lepas bola muntah baru dia ke depan. Takpalah takda rezeki buat bergson.
JDT Didepan, setelah KL city agak keletihan.
Jaringan padu dari jarak jauh ( lebih kurang 25 meter dari gawang) oleh Hong Wan pada minit ke 66 , kembali memeriahkan keadaan Stadium Sultan Ibrahim (SSI).
Leandro menghampakan KL CITY, ledak gol kedua JDT.
Pada minit ke-74, Leandro Velazquez meletakkan pasukan di kedudukan yang selesa selepas meledak gol kedua pasukan sekali gus meruntuhkan semangat juang pasukan KL City. Hasrat skuad kendalian Hodak untuk bangkit pada perlawanan itu tidak membuahkan hasil setelah tiada pertambahan gol dilakukan sehinggalah wisel penamat ditiupkan.
CUTI PERISTIWA
Johor mengumumkan hari ini sebagai cuti peristiwa untuk negeri itu susulan kejayaan pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjulang Piala FA 2023 selepas mengalahkan Kuala Lumpur City FC 2-0, seperti yang diumumkan menteri besar, Johor, Datuk Onn Hafiz, sejurus tamat perlawanan.
ULASAN JDT VS KL CITY PIALA FA 2023 dari seorang youtuber.