• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 21 2021

JDT II bangkit untuk tewaskan Perak FC II 3-2

Share this on WhatsApp

pemain jdt

Penyerang JDT II, Nicolas Alberto dikawal dua pemain pertahanan Perak II pada perlawanan Liga Perdana di Stadium Larkin, Johor Bahru,Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta’zim II (JDT II) mempamerkan kebangkitan yang luar biasa setelah dua kali ketinggalan sebelum mencatatkan kemenangan berharga 3-2 ke atas pasukan Perak FC II pada aksi Liga Perdana di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

First perak leading 1-0.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti setelah Nazirul Afif Ibrahim dikasari Nafizuddin Fauzi dalam kotak penalti.

Adib Abdul Ra’op tidak berdepan masalah menyempurnakan peluang terhidang untuk meletakkan Perak FC II di hadapan seawal minit Keenam.

Tersentak dengan jaringan tersebut, pasukan tuan rumah menggandakan asakan mencari ruang untuk memadamkan gol pendahuluan tersebut.

JDT menyamakan kedudukan.!

Nafizuddin menebus kesilapan yang dilakukan dengan mencipta bantuan gol apabila hantaran lintangnya pada minit ke-16 yang disambut tandukan Fernando Rodriguez bagi menyamakan kedudukan.

Perak kembali  didepan. 

Skuad bimbingan Syamsul Mohd. Saad sekali lagi berada di hadapan setelah Farid Khazali meledak jaringan menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gawang, Haziq Nadzli pada ke-38.

Pasukan kendalian Rafael Sanchez hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-57 namun rembatan deras Aysar Hadi Shapri yang menewaskan penjaga gol, G. Yuganes sekadar hinggap ke palang gol lawan.

JDT ll menyamakan kedudukan kembali!! 

Pada minit ke-62, JDT II berjaya memadamkan kelebihan pasukan pelawat menerusi jaringan Feroz Baharudin yang menyudahkan sepakan percuma Nicolas Fernandez.

Lima minit berselang, pasukan tuan rumah akhirnya berada di hadapan apabila Nicolas sekali lagi menghasilkan bantuan gol mengumpan pemain gantian Luis Cabrera yang menanduk masuk gol ketiga perlawanan pada minit ke-67.

Pasukan Perak II cuba untuk mencari gol penyamaan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata namun keputusan kekal ke wisel penamat.

Copy paste kosmo.com.my

 

Share this:

  • Tweet
  • Reddit
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Perdana · Tagged: JDT II bangkit untuk tewaskan Perak FC II 3-2

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d