• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Jan 26 2021

JDT boleh bertanding ACL musim ini 2021!

Share this on WhatsApp

afc,

Alhamdulillah. Itu sahaja ungkapan buat peminat bolasepak selatan, JDT. Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh menarik nafas lega selepas Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memutuskan kelab itu ‘lulus’ bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco dan Jawatankuasa Pertandingan hari ini.

“Jawatankuasa pertandingan dan Exco sudah luluskan permohonan JDT. Ya, (mereka akan bertanding untuk edisi tahun ini).

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor dan sokongan Kerajaan yang telah memberi surat dan sebagainya,” kata Windsor kepada Utusan Malaysia hari ini.

WINDSOR PAUL JOHN. 

Pada 11 November lalu, skuad Harimau Selatan terpaksa melupakan baki saingan peringkat kumpulan ACL di Doha selepas tidak mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk keluar negara ekoran pandemik Covid-19.

Dakwaan penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dipertikai beberapa pihak kerana ia dianggap tidak adil buat Harimau Selatan selain ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai mangsa keadaan.

Undian ACL 2021 akan berlangsung Rabu ini dengan skuad Harimau Selatan diletakkan dalam balang tiga.

Credit to utusan.com.my

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala ACL · Tagged: jdt bertanding acl 2021, JDT boleh bertanding ACL musim ini 2021!, jdt terlepas hukuman gantung acl 2021

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d