• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 27 2017

JANGAN TERLALU HORMATI JDT – Pablo Dollah

dollah salleh,

Perang psikologi dari pasukan pahang nampaknya sudah bermula. JDT akan bertemu dengan pasukan Pahang di stadium darul makmur pada 1 april ini nanti. Adakah kehadiran penonton ramai di stadium sana nanti??

“Tidak perlu hormati mereka,” itu syarat jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kepada anak buahnya bagi memastikan kemaraan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Piala FA terhenti di Stadium Darulmakmur pada 1 april ini nanti. 

Dollah salleh tidak mahu kegagalan anak buahnya berpunca daripada kesilapan sendiri dan kerana terlalu menyanjungi JDT yang sememangnya memiliki prestasi terbaik sejak tiga tahun lalu.

Tegas Dollah, pertembungan dengan JDT pada 1 April ini, ibarat pra final Piala FA dan umum sememangnya arif dengan aura dalam mana-mana perlawanan membabitkan JDT dan Pahang.

Beraksi di laman sendiri memberikan bonus kepada anak buahnya, namun 90 minit di atas padang tetap bergantung sepenuhnya kepada skuad Tok Gajah.

“Kami mampu memberikan saingan, saya berharap pemain-pemain tidak terlalu menghormati pasukan lawan kerana ia akan menyukarkan kami untuk bersaing berdepan mereka,” katanya.

Kebimbangan Dollah turut terarah kepada kecederaan pemain utamanya membabitkan Muslim Ahmad, Syamim Yahya, Saiful Nizam Miswan selain Christie Jayaseelan yang diharap mampu pulih sebelum aksi penting itu.

Saya berharap Muslim, Syamim, Saiful dan Christie segera pulih bagi menghadapi perlawanan-perlawanan penting musim ini.”

Dalam masa sama, pertahanan tinggi lampai, Afif Amiruddin, bakal terlepas aksi pertama suku akhir Piala FA kerana memiliki dua kad kuning terkumpul.

 

 

Written by mrjdt · Categorized: Piala FA · Tagged: jangan terlalu hormati jdt, jdt vs pahang

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in