• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Mar 28 2021

Jadual baru Perlawanan Malaysia Kempen Kelayakkan Piala Dunia 2023

Jadual perlawanan pasukan malaysia kelayakkan piala dunia 2023

Melalui satu pengumuman yang dibuat oleh pihak AFC pada awal bulan mac, Jawatankuasa Pertandingan AFC telah bersetuju dengan tarikh baru bagi perlawanan pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Sepatutnya perlawanan ini berlangsung pada tahun 2020, bulan mac. Namun oleh kerana dunia masih lagi bergelut dengan covid19, perlawanan ini ditangguhkan. Kemudian dia nak buat pada mac ini 2021. Tetapi ada beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, dari segi persediaan, sop dan macam-macamlah, dibawah ini adalah jadual yang muktamad tak boleh tangguh lagi.

RASMI : JADUAL BARU BAKI AKSI KUMPULAN G KELAYAKAN PIALA DUNIA 2022/ PIALA ASIA 2023

Khamis | 3 Jun 2021
Malaysia 🇲🇾 vs 🇦🇪 Uae
Jumaat | 11 Jun 2021
Malaysia 🇲🇾 vs 🇻🇳 Vietnam
Selasa | 15 Jun 2021
Malaysia 🇲🇾 vs 🇹🇭 Thailand
Venue akan dimuktamadkan kemudian.
Baca juga :  Kedudukan terkini kumpulan G Malaysia Kelayakkan Piala Dunia 2023
.
Kemungkinan besar di negara Arab, UAE, stadium berkecualilah. Takda penyokong sebab kita masih lagi
Ini sudah muktamad. Tiada lagi aksi yang akan ditunda kerana FIFA menetapkan bulan 6 harus selesai pusingan kedua. Pusingan seterusnya pun nak kena uruskan tarikh baru lagi nanti. Bukan senang nih, nak kena meeting lagi semula apa macam mana. Silap haribulan Piala dunia tangguh lagi sampai 2024, agaknya jela.

AFC pernah menerapkan konsep venue berpusat iaitu di Qatar bagi menghabiskan baki perlawanan-perlawanan peringkat kelab, Liga Juara Asia dan Piala AFC 2020 yang tertunda selama beberapa bulan sejak Mac lalu.

Namun Windsor menjelaskan, mana-mana negara yang berminat membida sebagai tuan rumah venue berpusat kelayakan berkenaan, boleh berbuat demikian sebaik sahaja surat rasmi tawarannya dibuka oleh AFC.

Beliau walau bagaimanapun enggan mengulas sama ada negara-negara yang angka penularan kes Covid-19nya masih rendah atau kurang berisiko maut, bakal berpeluang cerah untuk dipilih sebagai tuan rumah venue berpusat itu.

Ditanya apakah jadual kesemua perlawanan yang dihimpunkan ke Jun itu terlalu padat untuk diharungi setiap pasukan, katanya, “AFC yakin tempoh 15 hari seperti yang ditetapkan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) dalam kalendar itu mencukupi.”

Keyakinan AFC itu tampak berasas memandangkan pindaan format perlawanan kelayakan ke venue berpusat, mampu menjimatkan masa perjalanan setiap pasukan bertanding apatah lagi di tengah-tengah situasi pandemik maut yang kerap mengehadkan pergerakan keluar masuk negara.

Mengikut jadual asal, Harimau Malaya akan bertandang ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada 25 Mac dan menanti Vietnam di gelanggang sendiri, lima hari kemudian seterusnya menamatkan kempen pusingan ini di Thailand tanggal 15 Jun.

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: bila malaysia akan main untuk kelayakkan piala dunia 2023, Jadual baru Perlawanan Malaysia Kempen Kelayakkan Piala Dunia 2023, jadual perlawanan malaysia vs uae piala dunia 2023 jun 2021

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in