• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Nov 17 2019

Hamidin mahu Harimau Malaya jadikan sang garuda jadi mangsa seterusnya !!

Share this on WhatsApp

hamidin, datuk hamidin, presiden fam

Dalam bergembira meraikan kemenangan yang dilakar ke atas Thailand dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Khamis lepas, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengingatkan barisan pemain Harimau Malaya agar momentum kemenangan dapat diteruskan apabila berdepan pula dengan Indonesia pada 19 November ini.

Menurut Hamidin, beliau gembira dengan semangat dan perwatakan yang ditunjukkan setiap pemain untuk bangkit daripada ketinggalan dan melakar kemenangan 2-1 ke atas Thailand menerusi jaringan Brendan Gan dan Mohamadou Sumareh di Stadium Nasional Bukit Jalil, yang sekaligus menghadiahkan kekalahan pertama buat skuad gajah perang.

Namun menurutnya, masih ada kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi menentang Indonesia yang pastinya mahu bangkit selepas tewas kesemua empat perlawanan pertama.

“Perlawanan lawan dengan Thailand minggu lepas penting, kita wajib menang dan Harimau Malaya berjaya mencapai misi kemenangan demi negara. Apa yang penting kemenangan ke atas Thailand memberi tonik terbaik kepada Harimau Malaya untuk berdepan dengan perlawanan seterusnya

“Jika sebelum ini, saya akui kecewa dengan kekalahan dengan Vietnam dan UAE, tetapi hari ini, saya amat berpuas hati. Apa sekalipun, kita perlu terus fokus, komited dan berjuang dengan semangat tinggi.

“Harimau Malaya telah mempamerkan semangat harimau sebenar meskipun masih ada kelemahan yang perlu kita baiki. Dengan sokongan padu penyokong sebentar tadi, Harimau Malaya ibarat memberi hadiah kemenangan buat mereka dan saya amat berharap kita akan terus berbakti kepada penyokong dan negara.

“Sekali lagi, gunakan peluang beraksi di laman sendiri menentang Indonesia nanti, buktikan sekali lagi anda pemain-pemain negara yang bagus,” katanya selepas perlawanan.

Sebagai rekod, ketika pertemuan antara kedua-dua pasukan di Gelora Bung Karno pada September lalu, Malaysia dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Indonesia 3-2.

 

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Piala Dunia · Tagged: Hamidin mahu Harimau Malaya jadikan sang garuda jadi mangsa seterusnya !!, Malaysia vs indonesia

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d