• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Aug 13 2018

Guardiola tabik ‘pengorbanan’ City

pep guardiola

LONDON: Pep Guardiola memuji bintang Manchester City kerana mengetepikan keletihan mereka selepas Piala Dunia apabila juara bertahan itu memulakan kempen Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-0 ke atas Arsenal.

Skuad Guardiola mempertaruhkan sejumlah pemain yang memberitahu pengurus City itu bahawa mereka sedia diturunkan di Stadium Emirates semalam biarpun keletihan susulan tugasan Piala Dunia di Russia.

Beberapa pemain antaranya bintang England  Raheem Sterling, Kyle Walker dan John Stones, memendekkan cuti mereka untuk kembali berlatih bersama City.

Malah biarpun seminggu selepas sesi latihan, City meneruskan prestasi mereka musim lalu dengan aksi meyakinkan yang berjaya menundukkan Arsenal.

Raheem Sterling membuka jaringan pada separuh masa pertama sebelum Bernardo Silva meledak gol kedua City pada separuh masa kedua, membuatkan Guardiola memuji anak buahnya.

“Kami bermain pada tahap yang tinggi biarpun ramai pemain kurang cergas kerana baru pulang daripada Piala Dunia,” katanya.

“Ramai pemain yang melakukan pengorbanan. Stones, Walker,  kami berlatih hanya seminggu tetapi semangatnya tetap ada.

“Secara umumnya, berada pada ketika ini dengan keinginan untuk terus berjuang, ia sama seperti musim lalu.

“Perlawanan pertama musim ini, menentang Arsenal di tempat lawan dengan pengurus baru selepas 20 tahun? Tiada siapa boleh menafikan bahawa ia sukar, jadi untuk memenanginya dengan cara kami memenanginya sudah cukup memuaskan.”

City dilihat tetap bernafsu biarpun berjaya memecah rekod musim lalu, apabila mereka menjulang gelaran itu dengan rekod 100 mata dan menjulang Piala Liga. – AFP

 

Written by mrjdt · Categorized: EPL · Tagged: pep guardiola, pep guardiola tabik

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in