• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Jul 31 2018

FAM gembira PM restui Harimau Malaya guna pemain naturalisasi

Share this on WhatsApp

FAM,

Oklah, tetapi harap pemain tempatan, anak jati tidak dilupakan terus. Ada kuota tertentu selain kita harapkan pemain harimau malaya yang di clonkan menjadi rakyat malaysia tidak lupa diri.

 

Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin merakamkan ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung sokongan terhadap cadangan persatuan itu menggunakan pemain naturalisasi bagi meningkatkan mutu bola sepak kebangsaan dalam jangka masa pendek.

Hamidin berkata beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada perdana menteri yang telah memberikan lampu hijau kepada Harimau Malaya menggunakan pemain berstatus naturalisasi. 

“Di sini saya sekali lagi ingin melahirkan rasa terharu kepada Tun Dr Mahathir kerana beliau sentiasa mengambil berat serta memantau perkembangan pasukan bola sepak kebangsaan dan sumbangan daripada pihak kerajaan jelas akan memainkan peranan positif dalam memajukan bola sepak tempatan.

“Mengambil respon positif daripada kenyataan beliau Mahathir hari ini, FAM akan terus mula menggerakkan jawatankuasa khas tersebut untuk bertindak memperhalusi lagi hal berkaitan pengambilan pemain bertaraf naturalisasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Hamidin menjelaskan, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM di Melaka pada Sabtu lalu badan induk bola sepak itu bersetuju melantik Timbalan Presiden, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi untuk menjadi pengerusi jawatankuasa khas sebagai persediaan merealisasikan pengambilan pemain naturalisasi.

“Bagaimanapun, FAM tetap akan terus berusaha memperkasakan program akar umbi seperti disarankan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini sebagai program jangka masa panjang melahirkan pemain Harimau Malaya pada masa depan biarpun sedang berusaha ke arah naturalisasi pemain dalam masa terdekat ini,” katanya.

Media tempatan hari ini melaporkan Tun Dr Mahathir merestui skuad bola kebangsaan untuk mengambil pemain naturalisasi tetapi menegaskan agar langkah berkenaan tidak sehingga menyisihkan pemain tempatan.

Hamidin sebelum ini pernah menyuarakan cadangan untuk mengambil pemain naturalisasi sebaik menduduki kerusi presiden badan induk bola sepak 14 Julai lalu.

Pemain Pahang, Mohamadou Sumareh, juga berada dalam senarai teratas pemain naturalisasi yang berkemungkinan boleh bermain bersama skuad Harimau Malaya selepas pemain berusia 23 tahun itu mendapat taraf kerakyatan Malaysia April lalu.

– Bernama

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: FAM · Tagged: natrulisasi harimau malaya, pm umum harimau malaya boleh ambil natrulisasi pemain

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d