• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

May 18 2019

El Dor perkuat benteng Perak

Share this on WhatsApp

Hussien El Dor

TAPAH: Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan penyertaan seorang lagi pemain import baharu ke dalam skuad The Bos Gaurus bagi menggantikan Zachary Michael ‘Zac’ Anderson yang cedera.

“Pengurus pasukan Perak Datuk Adly Shah Ahmad Tah akan buat pengumuman beliau sendiri berhubung perkembangan itu,” kata Ahmad Faizal selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Wesak Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh, di sini hari ini..

“PAFA sudah mendatangani kontrak dengan seorang pemain Lubnan, Hussein El Dor sehingga penghujung musim ini dan dia adalah pemain pertahanan. Kontrak itu dibuat bagi menggantikan pemain yang baru menandatangani kontrak, Zac Anderson yang cedera dan mengambil masa untuk pulih.”

Dalam pada itu PAFA dalam kenyataanya hari ini turut mengumumkan bahawa El Dor, 25, bersetuju dan sudah menandatangani kontrak bersama skuad The Bos Gaurus bermula semalam sehingga penghujung musim ini bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Pemain pertahanan berketinggian 190cm itu tiba di Ipoh semalam dan dijangka akan diturunkan oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic dalam aksi Liga Super menentang Pahang, esok di Kuantan. 

Menurut kenyataan itu, sebelum menyertai Perak, Hussein pernah beraksi untuk beberapa pasukan lain di Maldives dan Lubnan serta yang terbaharu pasukan I-League, Churchill Brothers SC.

El Dor akan menyarung jersi bernombor lima dan mengisi kuota pemain import menggantikan Anderson.

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa pemain pertahanan berasal dari Lebanon, Hussein El Dor, 25, bersetuju dan telah menandatangani kontrak bersama skuad The Bos Gaurus bermula semalam sehingga penghujung musim ini bagi memperkuatkan barisan pertahanan pasukan.

Pertahanan berketinggian 190cm itu tiba di Ipoh semalam dan dijangka akan diturunkan oleh ketua jurulatih, Mehmet Durakovic dalam aksi Liga Super Malaysia menentang Pahang, esok di Kuantan.

Sebelum menyertai Perak, Hussein pernah beraksi untuk beberapa pasukan lain di Maldives dan Lebanon serta terbaharu pasukan I-League, Churchill Brothers S.C.

El Dor akan menyarung jersi bernombor “5” dan mengisi kuota pemain import menggantikan Zachary Michael “Zac” Anderson yang kini sedang mengalami kecederaan.

Pengurus pasukan, Dato’ Adly Shah bin Ahmad Tah juga akan turut mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai berita baik ini. 

EL DOR BERSEDIA SEKIRANYA DITURUNKAN MENENTANG PAHANG

Pemain terbaharu Perak The Bos Gaurus, Hussein El Dor menyatakan kegembiraannya diberi peluang menyarung jersi Perak sehingga penghujung musim.

Apakah El Dor mampu memberi impak positif seawal perlawanan menentang Pahang esok? Sama-sama kita nantikan.

Berikan kata-kata semangat anda kepada El Dor!

Share this:

  • Tweet
  • Click to share on Reddit (Opens in new window) Reddit
  • Click to share on WhatsApp (Opens in new window) WhatsApp
  • Click to share on Telegram (Opens in new window) Telegram
  • Share on Tumblr

Like this:

Like Loading...

Related

Share this on WhatsApp

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super · Tagged: El dor pemain import perak 2019, El Dor perkuat benteng Perak

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in

 

Loading Comments...
 

    %d