• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

May 11 2019

Dollah tabik pemain Pahang-Piala FA 2019

dollah salleh,

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji disiplin dan semangat berpasukan yang dipersembahkan pemainnya untuk melangkah ke separuh akhir Piala FA.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun ketinggalan 1-2 pada suku akhir pertama, kemenangan 4-0 menerusi agregat 5-2 ke atas Terengganu FC (TFC) sememangnya dinantikan beliau.

“Malam ini (tadi), pasukan kembali menemui sentuhan seperti yang dipersembahkan pada awal musim tetapi di penghujung pusingan pertama Liga Super, kita tidak begitu menjadi.

“Namun, kita bangkit daripada dua kekalahan untuk meletakkan pasukan pada kedudukan lebih baik, sekali gus mara ke separuh akhir Piala FA.

“Sebenarnya, saya percaya kemenangan boleh berlaku kepada Pahang cuma keputusan dan jaringan gol saya bimbangkan selepas jaringan pertama dihasilkan tetapi pemain mempamerkan persembahan menyakinkan,” katanya.

Dollah berkata, kehadiran Dickson Nwakaeme dan Safuwan Baharudin banyak membantu memperkasakan pasukan dalam memburu kemenangan.

Katanya, dua pemain import itu menjadi tonik terbaik buat skuad Tok Gajah sekali gus menafikan skuad Penyu biarpun lawan pada satu ketika memiliki kelebihan.

“Bagi saya, gol awal minit ketujuh memberi suntikan semangat kepada pemain untuk menambah jaringan kerana tiada niat untuk bermain secara bertahan.

“Ini kerana kita masih lagi dengan mempamer corak menyerang untuk menambah jaringan dan ia berhasil dengan kemenangan 4-0.

“Malam ini kemasukan Saddil Ramdani, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan R Kogileswaran pada babak kedua juga tidak menghampakan,” katanya.

Pada perlawanan suku akhir kedua itu, empat gol Pahang, masing-masing dua disumbangkan oleh Nwakaeme pada minit ke-46 dan 63 manakala Mohd Faisal Halim dan Mohamadou Sumareh minit ketujuh dan 74.

Written by mrjdt · Categorized: Piala FA · Tagged: Dollah tabik pemain Pahang, pahang, pemain pahang terbaik, piala fa 2019

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2026 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in