• Skip to main content
  • Skip to footer

THE JDT DOT COM

KEPUTUSAN LIGA SUPER JDT 2023

  • Home
  • Carta Liga Super
  • CARTA ACL, JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
    • Carta liga EPL /BPL
  • Jadual Perlawanan JDT
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • GOOGLE PLAY

Aug 14 2020

Datuk Aliff Syukri mahu beli pasukan kedah, diajak berunding

datuk aliff syukri,

Sepertimana yang kita telah ketahui, pasukan kedah ada masalah tunggakan gaji, selain dari itu juga sebab pasukan bolasepak ini dilihat terhad sumber kewangannya terpaksa bergantung kepada kerajaan semata-mata. Oleh yang demkian, Datuk Aliff Syukri terpanggil untuk membeli pasukan Kedah ini. Namun ianya masih terlalu awal untuk kita katakan, sebab belum nampak apa perkembangan yang baik dari kedua-dua belah pihak.

Diajak berunding, hitam putih.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mempelawa pengasas syarikat kosmetik terkenal, D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman untuk mengadakan rundingan berhubung hasrat beliau yang ingin bersama pasukan Lang Merah itu.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihaknya sangat mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk hartawan atau jutawan untuk datang dan berunding dengan KFA, sama ada menjadi penaja atau terus memiliki pasukan berkenaan.

“Kenalah runding terus dengan KFA, tidak boleh bubuh (beri kenyataan) dalam surat khabar sahaja, kita alu-alukan dia (Aliff Syukri) datang,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Aliff Syukri hari ini yang mengakui masih berminat untuk bersama pasukan Kedah, namun kali ini bukan lagi sebagai penaja, tetapi bersedia untuk membeli skuad itu, sekali gus menjadi pemilik penuh pasukan Hijau Kuning, sepertimana syarat penswastaan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat semua pasukan Liga Malaysia (Liga-M).

Aliff syukri Pernah kecewa untuk taja Kedah pada tahun 2016.

Aliff Syukri dilaporkan berkata walaupun kecewa setelah gagal menaja pasukan Kedah pada 2016, beliau sentiasa mengikuti rapat perkembangan bola sepak tempatan dan sentiasa menanti peluang untuk terbabit secara aktif. Dalam pada itu, Muhammad Sanusi, yang juga Menteri Besar, berkata pihaknya juga sudah mengadakan rundingan dengan sebuah koperasi yang juga berhasrat untuk memiliki pasukan di bawah kendalian ketua jurulatih, Aidil Sharin Sahak itu.

“Apabila pasukan bola sepak ini perlu tubuhkan syarikat sendirian berhad iaitu FC (football club), kita terima banyak cadangan dan koperasi anak Kedah ini kemukakan satu tawaran yang pada pandangan saya amat baik.

“…iaitu mengendalikan sebuah FC sendirian berhad ini melalui milikan bersama sebuah koperasi yang melibatkan beratus ribu ahli dengan peminat-peminat akan didaftar sebagai ahli koperasi,” katanya.

Beliau berkata peminat yang berdaftar dengan koperasi itu akan dikenakan sedikit sumbangan keahlian yang sebahagiannya akan digunakan untuk menguruskan Kedah FC.

Muhammad Sanusi, bagaimanapun, berkata, KFA masih membuka peluang kepada semua pihak untuk mengadakan rundingan dan akan mengikut nasihat FAM supaya berhati-hati dengan setiap tawaran yang diterima oleh pasukan bola sepak negeri.

– Bernama

 

Written by mrjdt · Categorized: Liga Super

Footer

Pages

  • About Us
  • CARTA ACL, JDT
  • Carta liga EPL /BPL
  • Carta Liga Super
  • Contact Us
  • Disclaimer
  • GOOGLE PLAY
  • Jadual Perlawanan JDT
  • LIVE SCORE HARI INI
  • Privacy
  • Privacy Policy

Copyright © 2025 · Altitude Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in